Sunday, October 9, 2011

Aku dan Bulimia

Tadi kat Uncle Chua Kopitiam aku order  kuay teow goreng dengan sandwish telur + tuna. Sedap... Tapi.. Banyak la pulak aku makan. Gemuk lagi la aku pasni.. uhuhuhuhuu....nak muntah ke tak... nak muntah ke tak... nak muntah ke tak...uhhhh~~~ Pasni nak tido pulak. abih la lemak2 berkumpul dalam perut aku. Makin buncit la perut aku ni. Ish... nak muntah ke tak..nak muntah ke tak...

Macam ni la perasaan aku selepas makan. Pasti aku rasa nak muntah balik apa yang aku makan tadi. Rasa menyesal makan banyak membuatkan aku nak muntah balik dan kemudian aku akan berasa lega. Masalah aku ni dikenali sebagai bulimia nervosa.

Sedikit penerangan mengenai bulimia ni, pesakit bulimia biasanya akan makan dengan banyak dan cepat kemudian ´memuntahkan´ kembali apa yang mereka makan dengan kaedah menjolok anak tekak. Namun, ada juga yang sanggup menggunakan ubat yang dinamakan ubat laksatif atau diuretik, supaya cepat buang air besar, puasa panjang untuk mengurangkan berat badan dan senaman yang keterlaluan. Bagi kes aku ni aku hanya pergi muntah saja tanpa perlu mengguna kaedah menjolok.

Berbeza dengan masalah aneroksia nervosa kerana golongan ini tidak makan langsung semata-mata mahu kurus. Biasanya pesakit bulimia rasa bersalah pada diri sendiri setiap kali mereka makan dan ini menyebabkan mereka ´memuntahkan´ semua yang dimakan. Penyakit ini juga bermula dengan ketidakselesaan individu terhadap berat dan bentuk badan sendiri. Mereka akan membandingkan berat dan bentuk badannya dengan orang lain. Golongan ini biasanya menyembunyikan perlakuan ´makan banyak dan muntah´ daripada pengetahuan orang lain.

Sememangnya tabiat ini tak elok kerana mempunyai kesan sampingan yang boleh terjadi antaranya:
  • Berat badan akan kerap berubah-ubah (Sudah terjadi)
  • Mengalami kekurangan nutrisi dan mungkin mendapat masalah kesihatan (erm...mcm terlebih nutrisi je)
  • Mengalami hakisan gigi dan ulser mulut mula terbentuk disebabkan asid dalam perut yang dimuntahkan keluar (tak ada lagi)
  • Bengkak kelenjar air liur dan dan menyebabkan muka anda kelihatan membengkak (kekadang berlaku sakit tekak)
  • Masalah perut dan usus (termasuk ulser, penyakit gastrik dan sembelit) (buncit?)
  • Kelewatan haid bagi remaja perempuan (selalu terjadi)
  • Serangan sawan (Alhamdulillah tak ada)
  • Gangguan degupan jantung. (Lepas muntah memang jantung berdegup kencang)
Ya. Tu dia. Tau tak elok. Tau ada kesan sampingan. Tapi tabiat aku ni berterusan sejak aku tingkatan 5 lagi. Bila aku makan banyak je pasti aku akan muntah balik. Aku memang nak berhenti. Namun gagal. Sebab setiap kali selepas makan pasti tekak aku dah bersedia untuk muntah dan fikiran aku asyik menghasut untuk aku muntah.


Aku sedar ianya juga satu pembaziran. Kerana apa yang  aku makan banyak itu adalah makanan yang sedap2 dan mahal. Contohnya macam steamboat, makan buffet dan macam2 lagi. Dah bayar mahal2, aku pegi ke tandas pula untuk muntah. Hadoila.. Dalam fikiran aku berkata tak apa. Janji dah masuk perut. Tapi aku tetap rasa kesal ngan perbuatan aku tu. Lepas muntah pasti aku fikir pasal rugi je bayar makan dan makan banyak tadi. Ibaratnya beli makanan pastu buang terus dalam jamban.

Aku ingat aku kena buat satu azam la. Azam untuk tidak muntah lagi.. Ya! Aku kena kuat! Aku kena amalkan diet yang betul! Makan sekadar cukup! Bukan lebih2!

MULAI HARI INI. AKU AKAN MAKAN SEKADAR CUKUP ATAU KURANG DAN TAK AKAN MUNTAH LAGI!!!!! GO NADIA GO! YOU CAN DO IT!!

* Selesai menulis, penulis pergi ke tandas untuk muntah kuey teow goreng yang dimakan tadi buat kali terakhir.....mungkin?...


11 comments:

  1. ni bahaya ni. kena dapatkan bantuan.. kes bulimia adalah kes yang serius...


    berhenti!

    ReplyDelete
  2. i'll try.. semuga daku berhati2 n tabah selepas ni..huh!!

    ReplyDelete
  3. saya pun hadapi masalah yang sama ... :(

    ReplyDelete
  4. jom sama2 berusaha utk tidaaakk...melakukannya. uhuhuhu

    ReplyDelete
  5. I'm 14 and have been a bulimic for a year. Please suggest any treatment that help. I'm trying very hard to stop.

    ReplyDelete
  6. So mcmane? Dh berenti ke masih? Mslh ni bahaya ke? Bole menyebab kn kematian ke? Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah berenti. berjaya turunkan berat badan dengan cara sihat. tak menyebabkan kematian tp kesihatan boleh terjejas

      Delete
    2. Serius ke dh berhenti. Sis mmg tabah. Sy oun ada masalah ni skng ni. Berat dh 118 kg. Mmg gila overweight. Aq x tahu la apa nk jd dngn diri ini

      Delete
  7. Salam. Sy pun ada masalah ni. Masak Sedap2 lpas tu muntah. Rasa myesal bila dh mkn. Mula2 bt sb 1 hari tu mkn mlm. Takot berat naik. Skrg jd tabiat. Btw sy bt atkin. Dh turun 10kg. Harap boleh tglkan tabiat ni. Kdg2 takot sb lpas muntah jantung bdegup kencang. Doakan sy .

    ReplyDelete
  8. Saya pun Tak tahu...
    Saya start mintahkan makann semula Ada dlm 4 tahun... Event mkn x Smpai spingan pun sy akan muntahkan semula..
    Dan kadang2 nasik 2 suap pun sy snggup muntahkan.. sbb bimbang akan gemuk..
    Walhal bmi sy ok.sy takut berat sy cecah 55kg..


    ReplyDelete