Friday, April 29, 2011

Jangan Membazir....

Ahahaha... post kali ni mungkin akan mengembangkan tekak hangpa. Sebab aku nak citer mengenai jangan membazir makanan my style. Heheehe...

Seperti yang semua org tau, aku ni duk sorang. Jadinya turnover makanan kat dapur aku agak slowww walaupun aku cuba membeli sedikit. Dan aku tak berapa pegi dapur sangat bagi nak mengelakkan aku asyik nak makannnn je. Kalau tak beli makanan, nanti kalau aku terlapar, aku terpaksa pegi makan kat luar. So mau tak mau, aku kna gak bli makanan untuk standby.

Yang menjadi masalahnya, makanan aku asyik banyak yang rosak dan expired. Salah satu punca rosak adalah keadaan di sini yang agak lembap. Walaupun aku dah simpan elok. dalam bekas kedap udaree, still makanan menjadi lembap. Owhh...takkan aku nak sumbat semua makanan aku dalam peti ais? Even gula? Teh? (teh ni sampai pernah jadi mcm pokok kat dalam bekas). Jadinya dalam 3 bulan sekali aku terpaksa membuang makanan yang masih banyak, belum bersentuh, tapi dah berkulat dan lembap. herrrmm...sayang sekali. Ini memang aku tak dapat selamatkan.

Untuk makanan yang dah expired. Macam milo 3 in 1, Nescafe, biskut..dll..kalau dah sebulan dua terlebih tarikh luput, aku still makan lagi. Hahahaaa...jangan membazir..benda elok lagi. Tapi kalau dah terlebih 4-5 bulan aku buang le. Tapi tu pun ada yang aku termakan gak (sebab tak tengok tarikh  dulu.heheee). Roti pula kalau dah sampai hari expired, aku buh dalam peti. Bila nak makan, aku tengok2 dulu kot2 ada kulat kat tepi dia. Bau dulu kot ada bau kulat. Agak yakin yg roti tu elok, aku pun bakar lah. Tapi kalau ada kulat kat tepi dia, aku buang dulu kat bahagian tepi pastu aku bakar.

Baru tadi aku buang susu sekotak besar yang aku baru ja minum sekali minggu lepas. Aku nak brekpes ngan oat and cornflakes. Pastu aku macam was2 ngan susu tu. Nampak macam elok lagi. Tapi...Aku tak mau amik risiko, aku pun tuang dalam gelas dulu untuk rasa. Ala... Sayangnya! Itu tak dapat aku nak selamatkan sebab dah rasa masam. Tapi kalau aku tau macam mana nak wat cheese sahih aku peram susu tu. Hahahahaaa....

Kalau korang beli burgerr hari ni, tapi tak sempat nak makan sebab dah kenyang makanan lain, mesti korang dah buangburger tu keesokkan harinya kan? Tapi aku tak. Aku still makan burger tu. Masih elok lagi.. Jangan membazir...Dulu masa UiTM aku penah makan burger McD yang disimpan 2 hari pada suhu bilik. Tapi, still ok..(kebal betul perot aku)

Nasi pun kalau kita masak elok, kalau tak simpan dalam peti, pasti masih elok esokkan harinya. Jadi biasanya aku tak buang nasi yang disimpan di luar semalaman. Aku wat nasi goreng. Masih elok lagi.. Kadang aku terpikir. Agak kalau ada bencana alam la kan. Aku la org yg boleh survive kot sbb besa dah makan makanan mcm ni. Hahahaa...sengaja wat latihan untuk mengebalkan perut. Jangan membazir. Selagi makanan tu masih elok, makanlah makanan tu. Makanan masih elok tu means tak bau basi, takde kulat, takde binatang serangga duk dalam dia, tak berubah warna. Itu masih elok. Tapi kalau daging burger tu dah berbau dan membiru, jangan le korang makan plak. heheheee...
Jangan pula lepas korang baca post ni korang tak mau makan makanan kat umah aku. Hahahahaa...jangan risau...Semua kaedah ni adalah untuk aku sorang. Untuk kawan2 opkos aku akan beli barang fresh dan masik elok serta belum bertarikh luput. Takkan aku nak aniaya kawan pulak kan? Lagipun aku tak tau sama ada ketahanan perot korang tu sama level dengan ketahanan perot aku. Setakat ni aku Alhamdulillah. Tidak mengalami sebarang kecirit biritian atau kesakitan perot yang melampau.

Cuma baru2 ni ada peristiwa yang membuatkan aku kembang tekak jugak. Tapi aku terpaksa harunginya dengan hati yang tabah. Hari  tu aku ada beli Coco Crunch. Baru makan sekali. aku simpan seperti mana cadangan simpanan di kotak iaitu menggulung plastik dan letak dalam kotak. Esokkan harinya aku nak brekpes ngan Coco Crunch tu. Lepas masukkan oat dalam mangkuk, dan cornflakes, dan kemudian sampailah giliran Coco Crunch. Aku pun menuang dengan perasaan besa2 aje. Lalu.."Opocot mak kau!!"
Nak tau ape? Terkeluarlah sekor anak cicak dari dalam bungkusan ituh. Waaaaaa~~~(T_T) sob..sob..ishk..ishk... Sampai ati anak cicak yang halus tu masuk dalam Coco Crunch aku. Macam mana ni? Coco Crunch dah la mahal. Banyak lagi tu. baru makan sekali. Dah la yang peket besar. Jadinya aku mengambil keputusan........untuk terus makan Coco Crunch ituh. Ya...aku tau..agak jijik kan? Tapi aku teringat jijik lagi makanan orang yang susah dapat makan. Tapi depa makan selamba ja. huhuhuhuhuu...Aku pun tuang sket Coco Crunch di bahagian atas utk membuang bekas cicak tu ke dalam tong sampah. (walaupn aku tak tau terkena kat mana, tapi step ni utk penyedap ati aku ja). Lalu aku tuang yang terkemudiannya ke dalam mangkuk, sambil tengok2 kot2 la ada benda lain (taik cicak ke..). Pastu dengan perasaan yang agak geli...aku pun menyuapkan adunan itu ke dalam mulut aku sambil tekak aku kembang dan geli mengingatkan makanan aku tu terkena badan cicak tu.

Sambil makan...sambil berangan. Aku berangan aku tetiba bertukar jadi Cicakgirl yang seksi selepas abis makan Coco Crunch tu. dan sehingga hari ini, aku still makan Coco Crunch yang ada sejarah dengan cicak itu..........


5 comments:

  1. ahahahahaha.. cool.... lain kali cuba cicak goreng pulak... cicak goreng berlada.. mesti sedap... :P

    ReplyDelete
  2. ewwwwww.....dah penah try ke? ishk..dasat2...

    ReplyDelete
  3. Susu masam masih boleh guna dengan syarat susu tu tak berketul. Boleh guna untuk buat kek, biskut, wafel atau campur dengan coklat dan gula atau adun dengan telur untukbuat telur hancur/dadar atau keju atau yogurt atau kalau rasa kembang tekak juga, buat pencuci muka sebab susu masam ni bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk. Tu kalau masam disebabkan pembiakan bakteria bahaya gak.tak berani..

      Delete
    2. Erk. Tu kalau masam disebabkan pembiakan bakteria bahaya gak.tak berani..

      Delete