Letih sungguh hari ni. Satu hari kursus pasal IT. Dah la cuaca panas. Balik ja aku terus mandi. Sedang aku mandi-mandi, tetiba aku teringat dan rindu pula aku kat mama. Terus mood aku bertukar jadi sedih. Beberapa minit kemudian aku menangis teresak-esak. Entah apa jadi kat aku. Rindu sangat kat mama aku kot. Dah lama tak balik kampung. Akhir aku balik bulan Februari aritu. Masa Raya Cina. Patut la hati aku sayu sangat. Aku pun menangis sepuas-puasnya di dalam bilik air sambil air pancuran menyirami tubuh aku.
Mama aku bernama Nozirah Binti Ramli. Dilahirkan pada 29 Februari 1956 di Kampung Anak Kurau, Taiping, Perak. Anak ke 4 dari 10 adik beradik. Mempunyai 4 orang anak yang bersilang bunga (laki pompuan, laki pompuan). Bekerja sebagai jururawat dan sekarang dah pencen dalam pangkat Ketua Jururawat atau lebih dikenali sebagai Sister. Sekarang masih bersemangat kerja kat Kolej Twin Tech sebagai Clinical Instructor dan gigih mengusahakan homestay nya.
Kalau orang tanya siapa orang terdekat aku yang aku kagumi, aku akan menyatakan bahawa orang itu adalah mama aku. Kenapa? Kerana, mama aku seorang ibu yang amat tabah dalam menempuh hidup dia yang penuh dengan dugaan. Aku kagum dengan semangat mama yang kuat tu. Aku harap aku dapat menjadi setabah mama dalam menempuh kehidupan mendatang.
Mama aku suka membebel. Hahahaaa...tetiba kann...Tapi biasalah. Membebel tu kan hobi wanita. Wanita melampiaskan rasa letih dan stressnya dengan bebelan. Mama aku akan membebel apabila anak2 dia malas dan nakal. Memang patut pun. Hahhahaaa....
Mama aku seorang yang rajin. Aku kagum dengan kerajinan mama sebab walaupun mama bekerja, rumah kami tetap kemas dan bersih. Makanan tetap sempat disediakan. Kain baju tetap berbasuh dan berlipat. Kiranya tempat tinggal kami ni terjaga dengan baiklah dari segi kebersihan dan keselamatan. Kenapa dari segi keselamatan pula? Sebab mama rajin berdoa untuk kesejahteraan kami sekeluarga. Alhamdulillah... Terima kasih mama. Masa aku duk di rumah dulu, dari kecik sampai besar, mama aku selalu jerit kat aku suh bangun awal kemas2 umah. Kalau tak makan jugak, mama amik vakum dan akan vakum abih satu rumah, pastu basuh pinggan dengan kuat, masak dengan kuat. Ini dipanggil serangan bunyi ye puan2. Supaya yang tidur akan berasa gerun lalu bangun dengan segera untuk tidak merasa lebih terancam lagi. Tetapi jika itu juga tidak berkesan, mama akan mengetuk pintu dengan kemarahan yang memuncak. DUMM!! DUMMM!!! DUUMM!! OI!! BANGUN!! HANG NAK TIDOQ SAMPAI PUKUI BRAPA? *^^#&#@&%#.....(ini citer waktu kecik da... :p)
Mama memang takkan boleh duk diam. Setiap hari mama akan bangun awal pagi untuk membuat nasi lemak. Kemudian mama akan bersolat subuh. Habis solat subuh mama akan jual nasi lemak tu di depan rumah kami. Dulu aku yang wat keja ni. Tapi mama sambung bisnes tu terus, Selalunya yang akan beli jiran2 kamilah. Pukul 7.30 pagi mama terus bersiap untuk pergi kerja pula. Lunch hour pukul 1 ptg balik untuk masak buat keluarga. 1.30 petang siap. Mamam2, rehat, solat dan masuk kerja semula pukul 2. Petang balik jual aiskrim batang 20 sen (ni pun sambungan dari bisnes aku :)). Malam wat kek orang duk tempah. Ada masa orang duk tempah makanan kat mama. Mama suka masak bagi orang makanan atau ambil tempahan katering mesyuarat atau jamuan. Semua mama buat sorang. Super dooper mom kan mama aku tu? Mama buat kerja pantas. Sekejap ja dah siap. Mama tak suka orang buat kerja berlengah2. Sekarang pun duk sibuk buat homestay dan pada masa yang sama sambung kerja jadi CI. Tak berenti mama dari bekerja. Setiap hari masa mama takde pun yang lenggang. Hebat betul mama aku....
Rajin is ok. Tapi terlebih rajin tak best jugak. Mama aku ni kalau kenduri mama la paling rajin sekali. Jiran2 kot la nak tolong mama. Mama selalu wat banyak keja kalau time kenduri. Ada sekali mama angkat tong gas yang berat. Kaum lelaki duk lepak sembang tengok saja. Aku terus berlari, angkat tong tu dan marah mama duk wat rajin lebih. Aku bukan apa. Tangan mama dah tak kuat. Aku risau. Bila mama wat keja lebih sikit, tangan mama akan jadi bentan dan gatal serta merah2 kesan dari pembuangan breast cancer. Mama suka wat kerja sorang2 terutamanya mengemas rumah homestay dia. Tak ada pembantu pun. Semua mama wat sorang. Aku agak risau juga. Tapi mama memang macam tu. Lebih suka wat keja sorang.
Teringat aku ketika lepas SPM. Aku terkena twisted ovarian cycst (ovari aku tersimpul da…). Mama la yang bawa aku pi jumpa doktor. Temankan aku sepanjang aku menjalani pemeriksaan di hospital. Tanpa mama, aku takkan dapat menjalani pemeriksaan dengan cepat. Sebab mama aku nurse. Jadinya, tak yah susah2 nak kena tunggu lama. Sepanjang tempoh aku berada di wad, mama la yang menjaga aku siang dan malam. Walaupun sibuk dengan tugas, mama tetap datang menjenguk aku. Dialah yg lapkan badan aku dengan air. Dialah yang datang membawa keperluan aku semasa di dalam wad. Dialah yang menolong aku membuang air. Dialah yang berikan aku ubat dan menyuntik aku (walaupun mama agak kasar sedikit). Ada satu malam tu, aku tetiba menangis. Aku rasa sangat terharu. Sebab apabila aku sakit, dan dijaga baik oleh mama aku, barulah aku dapat rasakan kasih sayang mama. Betapa mulianya mama dan betapa aku merasa bertuah dilahirkan sebagai anak mama. Realitinya memang kita akan terlupa dengan kasih sayang yang ibu kita berikan. Tapi bila berada di situasi begini, telah memberi kesedaran kepada aku betapa aku perlu menghargai mama aku sebaiknya.
Apa yang membuatkan aku kesal dan menyesal sampai sekarang, ialah kebodohan aku terhadap diri mama. Semasa aku praktikal di LSG SkyChefs Penang, aku menerima panggilan dari mama. Mama bagitau aku dia disahkan menghidap kanser payudara. Aku anak yang tak ada perasaan cuma berasa sedikit bimbang kerana aku tau mama aku seorang ibu yang kuat. Beberapa hari kemudian mama beritahu aku mama akan dibedah keesokkan harinya. Aku hanya mendengar tanpa ada apa2 perasaan. Keesokkan hari tetiba aku berasa amat bimbang. Tapi aku tak bagitau staff kat tempat aku praktikal tu yang mama aku akan dibedah. Dan aku tak pula minta izin untuk balik sebab aku fikir Ikmal dan abah ada untuk menjaga mama. Kawan2 mama pula ramai yang boleh menjaga mama sebab nurse2 di situ semua kawan mama. Kawan2 suruh aku balik. Aku tak berani nak minta takut tak diberi cuti. Bila ada kawan aku bagitau staff kat situ yang mama aku akan dibedah hari ni, terus staff tu cakap aku anak derhaka. Dia tanpa berlengah taip surat pelepasan dan aku dibenarkan cuti 2 hari. Aku terus pulang ke Perlis. Masa aku sampai di hospital, mama telah pun dibedah. Aku lihat mama dalam keadaan tak sedarkan diri. Aku rasa sedih sangat. Sehingga hari ini aku berasa kesal sebab tak dapat menjaga mama ketika dia memerlukan aku di samping dia walaupun mama dah menjaga aku dengan baik ketika aku berada dalam wad dulu. Sungguh bodoh aku ni. Apabila difikirkan kembali, mungkin ada hikmahnya. Kerana ketika itulah abah aku akan menjaga mama aku dan kasih sayang mereka akan erat lagi. Namun aku berasa kesal dengan diri sendiri sehingga kini kerana kebongokkan aku ni.
Hati mama amat tabah. Walaupun menghidapi penyakit barah, walaupun terpaksa mengharungi rawatan kemoterapi mama tetap kuat dan bersemangat melawan penyakitnya. Sehingga kini mama masih lagi sihat Alhamdulillah. Banyak juga cabaran yang datang dalam hidup mama. Ibarat tsunami yang melanda. Hancur luluh hati mama hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.Tetapi mama tabah dan cekal harungi semua itu. Rahsianya adalah, sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan redha dengan ketentuan Ilahi. Aku percaya kalau semua ini terjadi kepada orang yg kurang dekatkan diri pada Allah, pasti mereka sudah lari atau sudah pasti mereka akan bunuh diri. Tetapi mama tidak begitu. Alhamdulillah..
Mama diberikan didikan agama yang cukup dari Tok Yam aku. Mama lah yang mengajar aku mengaji kecik2 dulu. Aku selalu menangis dan gerun time blajar mengaji dengan mama sebab mama aku ni suka sangat tengking aku. Yelah..aku kan bengap dan slow..sebab tulah selalu kena tengking. Mama juga la slalu duk kejan kami bangun solat, duk peringat kami setiap masa jangan duk tinggal solat. Alhamdulillah...Semoga Allah sentiasa limpahkan Rahmat ke atas mama.
Sebagai manusia biasa, aku juga telah banyak melakukan kesilapan yang besar sehingga membuatkan hati mama hancur berderai bagaikan kepingan kaca yang jatuh berkecai. Namun begitulah hati seorang ibu. Senakal mana, sejahat mana pun anaknya, mama masih menerima anaknya ini seadanya. Dikutip kaca hatinya yang jatuh berderai. Dicantumkannya semula dan dihias semula hatinya yg retak2 itu menjadi sebuah hati yang indah. Walaupun aku melakukan kesilapan yang besar, mama masih memberi nasihat dan membimbing aku ke jalan yang betul. Mama masih bergurau senda dengan aku. Mama masih mahu bercakap dengan aku. Mama masih sayangkan anaknya ini.....Terima kasih mama. Ampunkan dosa2 Nadia mama....Begitu juga dengan kejadian2 lain. Mama masih menerima dan memaafkan orang lain walaupun orang tu dah banyak menyiksa batin mama. Banyak membuatkan hatinya hancur luluh. Namun mama redha. Mama ingat Allah. Mama mempunyai hati yang sangat lembut walaupun mama garang..
Aku amat sayangkan mama aku. Dan aku sentiasa menjadi penyokong apa saja yang mama lakukan. Aku sentiasa memastikan mama tidak berputus asa dalam menhadapi masalah. Aku tidak akan menjadi batu api. Tetapi aku terus memastikan yang mama sentiasa bersemangat dan tidak lupa pada Allah ketika mama dalam kesusahan. Aku bersedia untuk bersusah payah demi mama dan sedia mendengar segala masalah mama. Sebab aku tahu susah payah hatinya. Pernah aku mengikut ke mana saja mama nak pergi semasa mama dilanda stress. Biarpun aku letih, namun aku gagahi jua demi mama. Semoga Allah memberikan mama tubuh badan yang sihat agar mama terus membimbing kami dalam kami menjalani kehidupan seharian. Dan semoga Allah merahmati mama di dunia dan akhirat. Tanpa mama, aku tak boleh hidup terurus seperti sekarang. Aku harap aku dapat menjadi seperti mama.
Sememangnya aku tak pernah mengaku depan mata mama yang aku sayang mama. kerana keegoan aku. Tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa aku.. sayang mama...
Kalau dah habis baca, sila dengar dan HAYATI lagu di bawah. ditujukan khas buat mama..
Lagu dari filem Taare Zameen Paar bertajuk Maa (Mother)
Lagu Mama nyanyian kumpulan Spice Girls
ishhkk ishkkkk rajinya mama.. memang supermom...tapi sedih la, kenapa masa pektikel tu tak balik masa kene bedah? takpe la hal dah lepas, abaikan..belajar dr kesilapan...
ReplyDeletep/s apsal typo berulang-ulang? ke mmg buat mcm tu..maman,mamanan,maman...
tibe2 t'ingt kt mak..huhuhu..
ReplyDeletewalaupun ari2 call x puas kalau x tgk mak dpn mate..:(
fika: tu ar.. masa tu otak slow sgt. ishk...eh? yeke? o'o....akan diperbetulkan
ReplyDeletefayad : kan.....huhuuuu...hari ni hari memperingati ibu
dari sedih jadi kelakar sbb typing error. waaa...thanks fika. dah betolkan.
ReplyDeleteare u sure mama anak ke-3 ????????
ReplyDeletehoi. sape suruh ang baca. malu la aku. cis...anyway itu typing error ok..thanks ya. aku akan wat pembetulan
ReplyDeletesalam..na tye..mse u kene twisted ovari ape y terjadi? u kene bedah ker?
ReplyDeleteyup. kena bedah. tetiba kena. sakit yg amat. tp doc kata dia buang yg mengelembung kat tiub fallopio je. ovari dia tak buang sbb masih elok. :) kenapa? ada xperience?
ReplyDeleteoh mai...sgt takut...xde eprience..but suspec jer...:'(
ReplyDeletewish sgt bukan..
pergi la check...kalu meletop kang susah..
ReplyDelete