Tuesday, April 9, 2013

EsKreM BaTaNG & BuDaK CoMeL

Teringat aku masa lepasan SPM dan masa lepasan diploma. Aku juai aiskrim batang. Hahahaha... kena wat sesuatu untuk mendapatkan duit. Jadi aku memulakan perniagaan itu di rumah. Malam-malam sambil tengok tv, tengok movie, aku ikat aiskrim-aiskrim tu. Ada la dalam 4 talam membukit dapat ikat satu malam. Tahan le seminggu stok. Ada perisa milo, asam boi, bandung, laici, anggur, mangga dan macam-macam lagi. Kira satu malam tu ada la dalam 5-6 jug aku buat. Untung la jugak. Lepas la duit nak beli topup tepon, nak beli komik (aku suka baca komik sampai sekarang), nak gunting rambut, pi jalan-jalan, makan-makan... 


Sekali buat penuh peti ais umah aku tu. Padat. Permintaan pula semakin tinggi. Budak-budak semua kenai dah Kak Nadia ni ha. Depa ni senang. Nak beli ja depa mai masuk rumah aku. Kadang aku tak dak kat umah pun depa main masuk ja amik. Tapi depa bayaq la. Mana berani depa tak bayaq. Pak Yop ayah aku tu garang dengan depa. Ahahahaha... disebabkan depa ni kecik tak reti mengira, jadi ada la yang bayaq terlebih, terkurang dan ada juga hat terbagi duit siam. Ahahaha.. sangat lawak budak-budak ni.

Pelanggan aku semua insan comel-comel. Dengan muka inensen tak reti bercakapnya mai beli kat aku. Ada juga yang tak reti bercakap tau nganga ja huluq duit. Lelehhh ja aiyaq liuq tu kat mulut sambil mata tu membulat je memandang aku mcm Puss in Boot. Sangat comel!!!!! Ada yang kakak depa yang kecik umuq 7 8 tahun duk bawak adik kecik baby 3 4 tahun duk lari terkedek-kedek dengan pakai pampersnya seronok dapat eskrem. Gerammm!!! Anak Dr. Asri bekas Mufti Perlis antara pelanggan eskrem aku. Sangat gebu macam apam anaknya. Ehehee..

Promosi? Senang sangat aku wat promosi. Aku panggil hat besaq sket. Biasanya aku ajak 2 orang budak yang slalu duk mai umah aku. Depa ni suka sangat duk mai ngacau aku. Hahaha.. besa la.. aku kan kakak yang sporting. Budak-budak suka. Bila aku jalan kat lorong perumahan umah aku tu ja aku rasa macam aku ni Y.B Taman Guru Jaya. Sebabnya budak-budak ni akan tegoq “Hai kak Nadia!” “Kak nadia!” “E’eh..Kak Nadia lah!” pastu depa akan lari mai kat aku. Duk menepekkk je kat aku. Hahaha..seronotnya ketika itu. La ni budak2 tu pun dah besaq dah. Terkejut beruk aku bila ada yang dah jadi cikgu, dah kawin (berani sungguh depa langkah bendui besaq nih!), dah berubah muka jadi matured belaka dah. Berbalik pada promosi, aku suh la budak 2 orang hat nama Shuhada dengan Asraf.

“Asraf, Ada, hangpa mai sat.”

“Awat kak Nadia?”

“Ni. Hangpa amik aiskrim ni kan. Tak payah bayaq. Ni kira upah la... Hangpa pi makan kat depan budak-budak hat duk main ramai-ramai tu. Pastu hangpa berlakon la sket ummm~~ sedapnyee!!. Pastu bila depa tanya hangpa beli mana. Hangpa habaq beli kat umah kak Nadia na. Pi tau. Kalau berjaya, kak nadia upah lagi aiskrim”

“Okey kak Nadia!! Hihihii..” dengan muka seronok dan semangatnya duta produk aku 2 orang tu depa teruih pi kat budak-budak yang duk main tu dan wat seperti yang disuruh. Dan mereka melakukan tugas mereka dengan jayanya setelah berjaya membawa beberapa orang budak mai umah aku. Sejak itu aiskrim aku tu dikenali seantero Taman Guru Jaya. Sebab depa duk tengok kawan depa makan, depa pun nak sama. Hahahaha! Mudah kan? Aku selalu gak la bagi kat depa 2 orang tu aiskrim free di atas upah tugas depa sebagai pegawai pemasaran.

Sejak aiskrim aku menjadi terkenal di TGJ, maka rumah aku tu setiap hari mesti ada sora budak duk bagi salam. “AssaLAMUALAIKUMMM!!.. AssaLAMUALAIKUMMM!!.. AssaLAMUALAIKUMMM!!..”. Pagi petang siang malam memang duk ada la hantu kom kom minta eskrem. Hihihihihi...Aku ngan mak aku sampai naik lenguh dah nak pi buka pintu bagi kat depan pintu. Lama-lama kami biaq ja budak-budak ni masuk rumah. Biaq depa masuk dan aku amik eskrim kat depa dan depa pun kuar balik. Last skali depa masuk, depa buka peti sendiri dan depa bayaq sendiri, akibat dari kami tak larat nak layan. Sporting betui budak2 ni. Kadang depa tak keluar balik. Terlekat kat umah aku sebab nak tengok tv sambil makan eskrem (tetiba ejaan pun jadi eskrem dah. Mana pi aiskrim tadi?). Tapi depa tak berani la nak makan eskrem kat umah aku time mama dan abah aku ada. Sebab satgi kena marah. Makan menitik air manis tu kat lantai. Tak pun depa buang plastik kat taman astokana abah aku tu. Memang mama dan abah aku tak suka. Untuk mengelakkan pencemaran alam, kami juga menjadi peniaga yang bertanggungjawab dengan mengajar budak-budak tu membuang sampah dengan betul iaitu ke dalam tong sampah. Kalau depa buang merata kat lorong aku tu, memang siap ar kena marah dengan Pak Yop. Depa mana berani.

Disebabkan permintaan yang semakin tinggi, mama aku telah membeli freezer jenis box sebagai menyokong perniagaan aku . Dan juga untuk meletakkan lebih banyak lagi makanan. Ahahaha.. Budak-budak ni gagah. Yang kecik kedemik pun boleh mai angkat pintu peti ais tu semata nak amik eskrem. Peti tu pula tinggi. Dengan gigihnya depa menginjit kaki untuk mengambil eskrem yang sedap itu. Aku kagum dengan usaha depa. Seperti mencari harta karun di dalam peti pula. 


Perniagaan eskrem ni telah berhenti sejak aku bekerja di Terengganu dan mak aku bekerja di KL kot. Takdak sapa dah nak buat. Bagi orang lain lah pula buat. Hihihihi... Dulu walaupun aku takdak, mak aku la menyambung segala perniagaan aku. Di samping aku jual eskrem batang, aku juga jual kuih pau, roti gulung sosej, nasi lemak, aiskrim kon, ais kacang, kuih muih di bulan posa dan ambil tempahan kek. Semua ni aku buat dan jual di rumah aku ja. Sangat seronok la buat semua ni. Nanti aku cerita lain bab jual benda-benda ni semua. Yang pasti sangat seronok. Rezeki ada di mana-mana. Terpulang kepada kita sama ada nak rajin usaha atau malas usaha ja. Heheheeee... 


No comments:

Post a Comment