Badan dia kecik. Muka manis suka senyum. Memang la awet muda. Macam aku. Eheheee... Tapi dia ada banyak kaedah yang dia wat. Antaranya suka makan buah-buahan, tomato, buntut ayam dan jus oren. Selalu sangat kalau makan ayam sahih dia cari tang buntut dulu. Kalau kekadang aku teringin, aku berebut gak dengan dia. Teruih muka dia cong (muka sentap). Nakai tak aku? La ni aku asyik bagi dia menang amik buntut ayam. Sebab aku takut. Situ la kolesterol paling banyak. Eeeuuwww...Risau gak abah aku duk makan buntut ayam ni satgi kesihatan dia terjejas. Aku pun buang la buntut ayam tu masa siang ayam. Teruih kawan tu marah. Adoi...nak wat macam mana. Dia nak juga. Bagi jelah dengan hati yang berat.
Satu hari dia duk menyembang dengan kawan dia. Tetiba ada pakcik ni macam saja la duk puji dia.
Pakcik : Oi Ki !(nama abah aku Maruzuki. Kalau kawan2 dia kat Perlis panggil Ki. Kalau budak muda panggil Pak Yop. Kalau kat Perak orang panggil dia Ma) Aku tengok hang ni awat tak tua2 lagi ni. Nampak muda segak bergaya aihhh... (sambil sengih. Ikhlas ke idok pakcik ni puji abah aku. ahahha)
Abah : Ehehehee...(macam besa. Sengih dia.)
Pakcik : Ala..ang cer bagi petua kat aku sket. Duk wat lagu mana nampak awet muda lagi nih. Duk nak berahsia plak dengan aku nih aihhh.
Abah : Hehehehee.... Rahsia dia. (Tarik nafas. Tanda rasa seronok). Rahsia dia mudah saja.... Ehehehee
Pakcik : Habaq ja la cepattt...
Abah : Rahsianya. Dua. (sambil menunjukkan signal "2" dengan jari dia sambil tersengih2 dengan bangganya)
Pakcik : Apa yang dua?
Abah : Dua ringgit. Inai rambut. RM 2 ja. ehehehehee....
Pakcik : Ooooooooooohhhh~~~
Haa... memang pun abah aku ni dulu suka sangat suh anak2 dia cabut uban. Riso la dia nampak tue... Tapi udoh rambut pun macam nak kurang, jadi dia pun mengambil jalan untuk inaikan aje rambut dan misai dia. Memang le nampak mude. Ahahaha... Senang. RM 2 aje ye...
Ishhh abah aku ni kalau bab2 awet muda ni memang dia minat sangat lah. Sampai ubat2 apa2 yang mengawetkan pun dia makan atau minum. Ada la sekali tu dia tengok aku duk bancuh teh masa brekpes. Dia tengok lain aje teh tu. Dia pun tanya..
Abah : Teh apa hang duk minum tu?
Aku : Ha? Ni? (Datang akai).. Ooo teh ni kan untuk bagi kulit cantik dan segar. Awet muda dan naik seri. Tengok ni kulit Nadia. Elok ja. Tak dak jerawat.
Abah : Dia ka? (Sambil berjalan ke arah aku)
Aku : Dia la. Ni campuran herba tau. Bukan main2.
Abah : (Dengan penuh excited) Bagi abah sket! Nak try. (Muka penuh harapan)
Aku : (Tahan gelak). Hokeeehhh!
Abah pun minum setengah dari satu tumbler aku tu. Ehehehee....Hahahahah...Ehehehehe.... Dia pun pegi la keja. Dan aku pegi sekolah. Petang pula semasa lepak depan tv, aku pun cakap dengan abah aku.
Aku : Abah. Tadi pas minum teh tu abah tak rasa apa2 perubahan ka?
Abah : Tak dak. Awat?
Aku : BHuUAaHahahah!! Takde rasa sakit perut ka?
Abah : Haa! Ada la tadi. Duk kuar masuk jamban. Buang abih dah sampai tak dak apa dah. Awat? Hang tipu ka apa? Teh apa tu?
Aku : HAhahahaha!! Tuuu...teh Orang Kampung. Teh untuk kurus. Memang bagi kita berak pun. Ahahahaha...
Abah : Hantu punya budak. Nasib minum separuh. Patut la rasa macam nak bersemboq tadi. Heiii...Time meeting pun duk wat hal perut ni dua kali. ha..
Aku : Hahahahahahaha!!!!!
Semenjak itu. Kalau aku tawarkan apa2 ubat kononnya awet muda ka.. untuk kecantikkan ka... dia tak caya dah kat aku. Ahahhaahahaa!!
My Family |
No comments:
Post a Comment