Sunday, March 25, 2012

Let's Talk About Makan

Syukur alhamdulillah kerana dengan izinNya, aku telah dapat menurunkan berat badan aku 1.45kg dalam masa seminggu untuk minggu kali ini. Setakat ni total berat telah turun sejak mula program BMC 12/1/12 lalu adalah 4.05kg. Start aku bersenam bulan 3 ni yang membuatkan aku turun banyak iaitu 3.8++kg sebulan (ada plus tu sebab tak hujung bulan lagi sekarang ni. eheehee..). Kiranya seminggu hampir 1 kg berat aku turun untuk bulan 3 ni. Syukur tak terhingga dan terima kasih atas sokongan kawan2 yang tak pernah jemu baca post2 aku kat fb tu. eheheheee... Blog ni pun salah satu pembangkit azam aku. :)
Saya mau jadi macam ini!!

Sebelum ni aku ada cakap pasal senaman yang aku buat. Kali ni aku nak cerita pasai makan plak. Apa yang aku makan sepanjang aku wat program nak kuruih2 ni. Ada bezanya makan dulu dan makan sekarang. Dulu aku makan tapi aku tak bersenam sket hapah pun. Tenaga duk tersimpan gtu je. Tapi sekarang aku makan dan bersenam. Maka kalori2 yg aku makan tu terbakar.


Mula2 skali yang aku makan setiap hari adalah brekpes. I NEVER SKIP MY BREKPES!!!. Sebab brekpes ni penting tau utk menjana tenaga  aku sepanjang ari. kalau ada orang kata "Eh..aku tak brekpes la arini. aku diet!" TETTttt!!! Wrong! Diet ko amat salah seyhhh... Rasa nak ketuk je kpala orang yang cakap camnih. Apa2 pun kena makan pagi2. Satu lagi nak elakkan aku jadi bernafsu beruang time makan tengah hari. hahahaaa...!! Ada orang bgtau aku brekpes like a king. Memang pun. Aku kekadang makan nasi+bihun setengah2 + kuih 3 ketui + nescafe O kosong gelas (mampu minum nescafe O tanpa gula? try it!). Banyakkan? eehehehee.. Arini ja aku makan bihun setengah dan nescafe O kosong gelas. Semangat nak kurus tu makin naik setelah pi timbang tadi. :). Lepas makan pagi, aku akan bancuh green tea (tanpa gula!) sekole besar 1.5 liter kot dan aku minum sepanjang pagi sampai sebelum break tengah hari. Minum slow2 la. Bukan sekali teguk. 


Tengah hari pula, aku tak makan. Sebab aku sibuk bebenor pi mengayuh beskal kat fisioterapi macam yg aku citer kat post aku sebelum ni. Abih kayuh, aku sambung kerja. Kalau lapar, aku makan la sket kerepek ke..epal hijau ke..Kalau ada sayur sayuran macam karot atau timun lagi bagus. Jangan biarkan perut korang kosong. Sebab nanti nafsu beruang  akan menyerang dan aku akan membuat amukan Godzilla ketika makan malam. Percahayalahhh~~~~~

Sebelum mencapai detik pukul 7 malam, aku akan cepat2 cari makanan. Selalunya buah2an, bihun sup ke.. menggi tomyam ke..gtu ar. Yang tak berat mana. Makan sekadara kenyang. Bukan over kenyang. Lepas pukul 7, kalau nafsu makan datang menggoda, aku tepis dengan minum air banyak2.

Setiap hari aku akan minum green tea. Tak susah pun cari. Ada kat pasaran. Jenama Boh dan Lipton pun ada. Dan setiap hari aku akan minum 2 botol air mineral 1.5 liter iaitu total 3 liter. Air mesti kena minum banyak. Sebab aku uric acid tinggi. Aku nak larutkan uric acid tu. Dan disebabkan aku bujang, duk sorang, senang aku kontrol diet aku. Aku tak beli beras pun simpan kat umah aku. Daging, aiskrim, cheese, gula, minyak, santan atara makanan yang aku elakkan. Ceklat aku still makan. ehehee... 

Anda buat, anda dapat.... Jom jadi macam dia
Tak semestinya bila kontrol diet, aku kna kontrol sungguh2. Nanti tetiba nafsu meletop TEBABOOOWW!!!!! plak. So, aku tetapkan dalam seminggu tu satu hari aku punya Cheat Day. Makan la apa aku suka. Pas panjat bukit besar aritu aku dah TER(ter ok!)makan pizza hawaian tuna 2 keping + chicken wing 2 ketui + big apple donut 4 ketui + cupcake 1 ketui + salad 1 bowl with thousand island dressing. Pergghhh!!! Kalu dah macam ni, make sure aku bersenam balik lebih sket dari biasa sebagai denda. aahhahaha...! (Tapi aku dah termuntah balik :p) Arini aku kena kuat mengayuh le jawabnye. Lagi satu, aku akan makan dulu kenyang2 sebelum aku pi shopping supaya bila aku shopping, aku tak asyik nak grab benda makan ja. Pastu nak makan meghata. Tak caya hangpa cubalah. Bila aku wat macam ni kan, aku shopping barang penting2 ja dan aku terus balik umah. Barang makan sket ja aku beli berbanding dulu.

Kalau korang disiplin lebih daripada aku, itu sudah kira bagussss.. keep up a good work bebeh! Ini sajork yang aku buat setakat ni. Pas ni aku nak kurangkan sket kuantiti aku makan pada hari2 kerja. Yang penting aku harus pastikan berat badan aku setiap minggu menurun. Bukan makin naik. Semoga kawan2 tak putus2 menyokong aku. JAI HOO!!!!!!!!!


Jai Ho! versi Pussycat Dolls



p/s : ops lupa. setiap kali pesan air, pesan air O. Macam teh O, kopi O sebab krimer akan wat korang gemuk!! Aku takmo minum teh tarik dah.

4 comments:

  1. yg TER tu gerun skit.nad abiskan skali hadap ke smua tu..perghh cayalah.kalu k.wa xtau nk susun lam perut byk tu.3 benda ok lg(piza,salad,ciken wing)..hehe.overall cite ok,jai ho! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaa...aritu lapar sangat sbb berekpes ngan epal je. tu makan tgh hari. tapi big apple tu mkn 2 ketul je dlu. esokkan pagi makan pulak lagi 2. mmg tak larat. honestly, daku termuntah pas makan smua tu. ngahahaha...(teruk betul!)

      Delete
  2. wahhhh...hebat la Nad... leh ikut nie.... :) Liza

    ReplyDelete