Wednesday, March 21, 2012

Kad Jemputan Kahwin

Assalamualaikum. Kali ni aku ingin bercakap mengenai kad jemputan kawin. Hal ini timbul apabila ada antara mmber2 aku kawin, nak jemput mmber lain, tapi mereka ni jemput melalui fb atau email. Ada yg terasa hati mengenai hal ini kerana baginya tidak beretika kalu tidak jemput mengunakan kad. Persoalannya sekarang, apakah yang patut menjadi amalan kita? Nak ikut adat atau nak wat pembaziran?

Jemputan melalui kad adalah kaedah yang digunapakai oleh orang dulu2. Orang dulu, mereka tidak ada teknologi terkini canggih seperti kita ni. Jadi mereka terpaksa mengabihkan byk wang utk mmbuat kad. Tapi sebelum adanya kad, mereka ni jemput pakai mulut jah. Bertandang dari rumah ke rumah jemput org dtg kenduri.
Kalau macam ni, selalunya mahal. Sayang nak buang. Tapi kalau simpan pun leh wat apa..

Aku amat setuju kalau jemputan pada zaman ini hnya menggunakan virtual kad saja. Sebab apa? Sebabnya kita dapat mengelakkan pembaziran wang terhadap benda yang sia2. Wang yang digunakan untuk membuat kad boleh digunakan utk kegunaan lain yang lebih berfaedah. Kenapa perlu kita membazir wang kepada kertas yang hanya valid pada masa yg singkat sahaja dan akhirannya dalam tong sampah juga? No..no..no.. itu adalah satu pembaziran dan amalan yang sia2. Lagipun, dengan mengunakan virtual kad, kita dapat menyelamatkan planet kita dari kemusnahan akibat penebangan pokok2 untuk membuat kad yang sia2 ini.

Teknologi terkini telah memudahkan kita. Kita boleh design kad mengikut apa yang kita suka. Nak buh gambar ke, Nak buh simbol ke, nak buh gambar bunga ke, nak tulisan lawa ke, buh peta lebih jelas lagi (nak meletops lagi guna peta google. ada yg pakai satelit lagi ha…)…tak ke itu menjadikan kad kita dan jemputan kita tu lebih menarik? Banyak perkara yang kita boleh masukkan dalam virtual kad seperti pesanan atau apa2 saja. Dan juga cara menjemput pun amat mudah. cuma satu klik ja boleh jemput beratus2 org. Berbanding dengan kad jemputan biasa yang memrlukan belanja membuat kad dan juga duit utk setem bgi mengepos ke rumah2. Tak ke itu satu pembaziran?
Kesimpulannya di sini, org yg hendak kawin sebaiknya kita permudahkan mereka. Janganlah kita membebankan mereka lagi. Kad jemputan cara lama boleh dibuat, mungkin utk org yang tidak ada internet di rumah atau untuk orang2 lama atau dah tua yg tidak pandai IT. Tapi kita yang muda ni, kalu boleh tak perlu lah sensitif terhadap perkara yang sia2. Yang penting adalah kita menerima jemputan kawin seikhlas hati daripada kawan kita itu. Tidak perlulah dipertikaikan lagi jemputan tu menggunakan medium apa. Kita sendiri kena paham mungkin kawan kita tu tak mampu utk membuat kad kerana memerlukan belanja yang byk sedangkan dia sendiri tidak mampu sedangkan belanja itu boleh digunakan utk perkara yang lain. Pengunaan kad virtual adalah satu langkah utk mengelakkan pembaziran, menjimatkan masa, dan mudah serta cepat.


Yang penting dapat SAVE THE PLANET!! 



No comments:

Post a Comment