Thursday, March 22, 2012

Jom Kurus!! Jai Hooo!!!!!!!!!

Jai Ho dari filem Slumdog Millionaire

Jai ho!!! Jai ho!!!! Ni kata2 semangat aku. Kalau orang selalu menggunakan chaiyok2!! untuk kuatkan semangat, aku lebih suka gunakan "jai ho"(berhiduplah) sbb aku mmg kaki Bollywood.

Sekarang ni aku sedang giat bersenam untuk menurunkan berat badan aku. Aktiviti ni dah berlarutan selama 2 bulan. Setiap kali masa berehat waktu bekerja aku pasti akan pergi ke fisioterapi untuk berkayuh selama 45 minit. Tapi sekarang ni aku dah kayuh 60 minit a.k.a 1 jam setiap kali. Sebelum kayuh aku akan panaskan badan dulu, wat stretching, sit up, amik dumbell no 3 wat senaman tangan dan amik pemberat letak kat kaki wat senaman kaki. Semuanya 30 kali. Lepas berkayuh aku akan mandi dan sambung kerja semula. Benda ni ambil masa dari 12.30 tghari sampai pukul 2.45 ptg. Pada hari Khamis pula ada aktiviti senamrobik anjuran hospital sempena kursus BMC (Body Mass Challenge) setiap awal pagi. Selepas bersenamrobik, kami disuruh berlari, sit up, push up, berlari menaiki tangga dan 1/2 squad.

Setiap hari Jumaat pula aku akan bersenamrobik di K. Terengganu dan mendaki Bukit Besar. Setakat ni baru sekali aku pi mendaki. Tapi aku dah tetapkan azam nak mendaki selalu setiap hujung minggu. Selepas mendaki aku pergi kelas mengaji (blajo hukum bacaan. bukan baru nak boleh ngaji. ahaha) dan aku akan ke gym pula (setakat ni belum lagi pegi gym. Tapi aku berazam nak pi).

Mungkin ada yang bosan dengan post2 aku di fb apa yang aku buat berkaitan ngan senaman2 nih. Tapi aku post tu utk menaikkan semangat aku dan berharap kawan2 akan menyokong aku. Dan harapan aku post2 aku tu akan menaikkan semangat kawan2 lain untuk bersenam juga.

Memang hospital ada menawarkan pelbagai hadiah kepada sesiapa yang dapat menurunkan berat badan sempena BMC. Tetapi aku tidak berminat untuk merebut hadiah tu. Kalau dapat, alhamdulillah. Ehehe... Sebab target aku adalah...aku ingin pakai kasut boot dan skirt mcm Rani Mukherji. Dan aku ingin pakai pelbagai baju lawa2. Berfesyennnn....


Aku harap semangat aku tak luntur sebelum sampai ke destinasinya. Semoga aku kuat dan aku harap support dari mmber2 takkan putus. Jom gemok2! Kita bersenam!!!!!!!!!!~~~ JAI HOOOO!!!!!

2 comments:

  1. aku minat nk ikut cara shat...dlu aku amalkn mcm ko...tiap pg jogg dr 8pg smpi 10pg..jdkn aktiviti hrian sbgai snmn mmg bdan aku shape...ko y besar ley kcik ni kn aku.. kn...aku kne kuat smgt... :)thanks 4 all info

    ReplyDelete