Saturday, December 31, 2011

Bye2 2011 dan WeLcOMe 2012

Ahak! Ahak! Ahak! Maka...dengan rasa tak percaya...masuk je tahun 2012, umur aku telah masuk 30 tahun secara tak rasmi. Kenapa tak rasmi? sebab birthday aku 31 Oktober 1982. So, secaratak rasminya aku dah masuk 30 dan secara rasminya aku masih 29.  Aku dah 30????!!! Wooowwwww~~~ Dasat sangat kan..Tak sangka dah capai sampai ke tahap ni tanpa berkahwin. wahahahaaa! Takpa2. Asalkan aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang (bahagia ke?). Alhamdulillah... Syukur dengan apa yang ada.

Well..aku nak preview balik peristiwa yang berlaku kat aku tahun 2011 ni. Boleh dikatakan tahun ni adalah Tahun Malas bagi aku sebab aku tak wat apa2 aktiviti yang aku ingin buat pun tahun ni seperti mendaki gunung dan pergi ke pulau.

Antara perkara yang terjadi 2011 yang bermakna bagi aku adalah:

Aku telah memenangi Kembara Treasure Hunt JKNT tempat ke 3. Yeayy!!! Tahniah untuk aku dan geng2 aku iaitu Sleni dan Kak Aida. Best sangat2. Kami bermain dengan riang ria dan akhirnya kami mendapat habuan kami. Hadiahnya berupa wang tunai RM600 dan seterika sorang seketoi serta hamper! Yeaahhh!!!



Nat telah memperkenalkan aku menyampu rambut di salun wat pertama kalinya. woooww...rasa best sangat2. Sebelum ni aku lebih suka bersyampu di rumah sebab merasakan bersyampu di salun adalah satu pembaziran. Tapi berbaloi gak sebab siap ngan urut. Aku tak kisah nak kata aku darat ke..jakun ke..sbb memang sebelum ni aku tak pernah wat. Thanks to Nat sebab banyak ajar aku benda baru. Surfing je aku takmo cuba lagi sebab tak reti berenang. Takut hanyut ditelan ombak kerinduan. Diving pon tak mo try sebab mak tak mampo nyah..

Aku telah mengadakan pengembaraan sendiri dari Kuala Berang ke Pangkor. Dalam perjalanan tu aku singgah Kuala Koh yang pertama kali aku pergi dan Cameron Highland. Masa di Perak pula pertama kali aku pergi Gua Tempurung (tak masuk sebabdah lewat) dan pertama kali pergi Kellie's Castle.

Dua orang kawan ku telah berkahwin tahun ni iaitu Along dan Nurulhani. Aku terharu sebab depa ni selalu jugak la kontek aku dan baik ngan aku. Waaa....tinggai berapa kerat ja yang tak kawin lagi. Semuga bahagia la untuk depa dunia dan akhirat.


Jatuh motor tergolek 2 orang aku ngan Sleni kat Pulau Pangkor dan turun bukit yang curam dengan motor adalah pengalaman ang menyakitkan+mengerikan+menyeriaukan.

Sedap dapat try Steamboat Shabu2 kat Manjung, Deli Kuey Teow kat Taiping.

Aku berpuas hati mendapat pujian dari auditor Akreditasi kerana dapur yang aku jaga tu amat bersih katanyer..Dalam banyak2 unit yang diaorang komplen, unit aku telah mendapat pujian. Terharu siot..

Pawan telah ditores dengan kejam bodynya kerana kesilapan aku meletakkan kereta di tepi jalan kat Flat mak aku kat KL. Tu sebab terdesak sangat. Flattu takde tempat parking lebih. Mangkuk ayun yang pi tores tu. huh!! I am sorry Pawan...

Aku tidak lagi menjadi bos di tempat aku kerja sebab dah menerima dietitian baru dan dialah bos sekarang. Berubah sedikit kerjaya aku. hurmmm..

Aku dingorat oleh budak mana ntah kat Manjung. Bermakna gak peristiwa ni sebab aku rasa diri aku nampak muda lagi sebab yangngorat aku tu budak. Siap bagi no tepon. My first experience dowh!

Dua orang pakcik kat taman perumahan kat kampung aku telah meninggal dunia iaitu cikgu Wan ngan Pakcik Mad. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh mereka dan mereka ditempatkan di kalangan orang2 beriman... Tiada lagi dengar bunyi depa bersembang kat depan umah. huhuuuu

Makcik Minah dan family serta Wani telah datang melawat aku di Terengganu tahun ni. Semoga depa and kawan2 lain datang melawat aku kat cni. Nanti aku bawa pi jalan2. Okeh!

Tahun ni tak banyak mana peristiwa yang berlaku sebab tahun ni tahun malas kan..Jadinya aktiviti yang dibuat pun tak banyak. Semoga tahun depan akan lebih bermakna wat diri aku. Amin..

Sunday, October 9, 2011

Aku dan Bulimia

Tadi kat Uncle Chua Kopitiam aku order  kuay teow goreng dengan sandwish telur + tuna. Sedap... Tapi.. Banyak la pulak aku makan. Gemuk lagi la aku pasni.. uhuhuhuhuu....nak muntah ke tak... nak muntah ke tak... nak muntah ke tak...uhhhh~~~ Pasni nak tido pulak. abih la lemak2 berkumpul dalam perut aku. Makin buncit la perut aku ni. Ish... nak muntah ke tak..nak muntah ke tak...

Macam ni la perasaan aku selepas makan. Pasti aku rasa nak muntah balik apa yang aku makan tadi. Rasa menyesal makan banyak membuatkan aku nak muntah balik dan kemudian aku akan berasa lega. Masalah aku ni dikenali sebagai bulimia nervosa.

Sedikit penerangan mengenai bulimia ni, pesakit bulimia biasanya akan makan dengan banyak dan cepat kemudian ´memuntahkan´ kembali apa yang mereka makan dengan kaedah menjolok anak tekak. Namun, ada juga yang sanggup menggunakan ubat yang dinamakan ubat laksatif atau diuretik, supaya cepat buang air besar, puasa panjang untuk mengurangkan berat badan dan senaman yang keterlaluan. Bagi kes aku ni aku hanya pergi muntah saja tanpa perlu mengguna kaedah menjolok.

Berbeza dengan masalah aneroksia nervosa kerana golongan ini tidak makan langsung semata-mata mahu kurus. Biasanya pesakit bulimia rasa bersalah pada diri sendiri setiap kali mereka makan dan ini menyebabkan mereka ´memuntahkan´ semua yang dimakan. Penyakit ini juga bermula dengan ketidakselesaan individu terhadap berat dan bentuk badan sendiri. Mereka akan membandingkan berat dan bentuk badannya dengan orang lain. Golongan ini biasanya menyembunyikan perlakuan ´makan banyak dan muntah´ daripada pengetahuan orang lain.

Sememangnya tabiat ini tak elok kerana mempunyai kesan sampingan yang boleh terjadi antaranya:
  • Berat badan akan kerap berubah-ubah (Sudah terjadi)
  • Mengalami kekurangan nutrisi dan mungkin mendapat masalah kesihatan (erm...mcm terlebih nutrisi je)
  • Mengalami hakisan gigi dan ulser mulut mula terbentuk disebabkan asid dalam perut yang dimuntahkan keluar (tak ada lagi)
  • Bengkak kelenjar air liur dan dan menyebabkan muka anda kelihatan membengkak (kekadang berlaku sakit tekak)
  • Masalah perut dan usus (termasuk ulser, penyakit gastrik dan sembelit) (buncit?)
  • Kelewatan haid bagi remaja perempuan (selalu terjadi)
  • Serangan sawan (Alhamdulillah tak ada)
  • Gangguan degupan jantung. (Lepas muntah memang jantung berdegup kencang)
Ya. Tu dia. Tau tak elok. Tau ada kesan sampingan. Tapi tabiat aku ni berterusan sejak aku tingkatan 5 lagi. Bila aku makan banyak je pasti aku akan muntah balik. Aku memang nak berhenti. Namun gagal. Sebab setiap kali selepas makan pasti tekak aku dah bersedia untuk muntah dan fikiran aku asyik menghasut untuk aku muntah.


Aku sedar ianya juga satu pembaziran. Kerana apa yang  aku makan banyak itu adalah makanan yang sedap2 dan mahal. Contohnya macam steamboat, makan buffet dan macam2 lagi. Dah bayar mahal2, aku pegi ke tandas pula untuk muntah. Hadoila.. Dalam fikiran aku berkata tak apa. Janji dah masuk perut. Tapi aku tetap rasa kesal ngan perbuatan aku tu. Lepas muntah pasti aku fikir pasal rugi je bayar makan dan makan banyak tadi. Ibaratnya beli makanan pastu buang terus dalam jamban.

Aku ingat aku kena buat satu azam la. Azam untuk tidak muntah lagi.. Ya! Aku kena kuat! Aku kena amalkan diet yang betul! Makan sekadar cukup! Bukan lebih2!

MULAI HARI INI. AKU AKAN MAKAN SEKADAR CUKUP ATAU KURANG DAN TAK AKAN MUNTAH LAGI!!!!! GO NADIA GO! YOU CAN DO IT!!

* Selesai menulis, penulis pergi ke tandas untuk muntah kuey teow goreng yang dimakan tadi buat kali terakhir.....mungkin?...


Saturday, October 8, 2011

Kenapa Aku Suka Lagu Hindustan???


Aaja Nachle (Mari Menari) daripada filem bertajuk yang sama lakonan Madhuri Dixit. 
(Percayalah aku boleh menari ikut rentak diaorang menari)

Heheheeee....Aku selalu dihujani dengan pertanyaan kenapa aku minat sangat dengan hindustan. Jadinya aku nak cerita sikit kat sini kenapa aku minat betui lagu2 hindustan nih. Dan juga filem. Dan juga hero heroin dia. Pendek cerita, apa saja pasai Bollywood aku suka. Bukan mcm Malaywood yang agak kurang sket. heheheeee....

Dulu2 aku pun tak suka la sangat tengok hindustan nih.Selalu sangat berebut tv ngan mak aku. Sebab time tu mak aku suka tengok hindustan. Bila mak aku buka hindustan je aku suruh mak aku tukar channel lain. Biasa la. Mak aku akan gunakan kuasa veto dia utk meng conquer tv. Uhuhuuu..... terpaksa la aku pandang sket2 tv tu. Nak tau apa yang menarik sangat sampai mak aku tak boleh nak tukaq channel... Seronok juga filem2 dia. Start dari tu aku suka la sikit2 tengok citer hindustan..

Masa aku duk mula berjinak jinak dengan filem hindustan ni, aku memang tak kenal pelakon dia yang sorang lelaki ni. Nama apa pun tak tau. Yang aku tau citer dia best. Tambah time tu ada cerita ala2 Cinderella versi hindustan bertajuk Anmol lakonan Manisha Koirala dan Rishi Kapoor (1993). Lagi la aku suka tengok. Bagi aku masa tu dia memang lawa. Aku mula meniru step2 menari dalam filem Anmol tu.

Ini lagu dari filem Anmol kesukaan aku dulu bertajuk Dil Lagane Ki Na Do Saza .
Setiap pergerakan dan step dia menari aku hafal.

Selepas Anmol, aku menonton filem Duplicate (1998). Jiran depan umah aku budak kecik kedemik siap hafal lagu2 dia. Kagum aku ngan budak tu. Apa lagi. Demam hindustan melanda tetiba. Pelakon lelaki tu pun aku dah tau nama iaitu Shah Rukh Khan! Kami pakat duk hafal lagu dia. Sejak dari tu aku mula gila hindustan. Sampai bleh hafal lagu dia, kenal pelakon dia, kenal filem2 dia. Pastu aku tertarik pula dengan Rani Mukherji dalam filem Kuch Kuch Hota Hai (1998). Cantik sangat dia. So, aku hafal pula tarian dan lagu dalam filem tu. Dan begitulah seterusnya dikuti filem Mann(1999) dan berbagai filem lagi....Bila aku minat hindustan, mak aku pula mula tak suka hindustan. Sudah tukar la (pelat Sathiya). Ehehehee....

Kabhi Alvida Na Kehna lakonan Shahrukh Khan, Nadia Rani dan ramai lagi.

Aku suka lagu2 Bollywood ni sebab utama dia adalah karena aku bukan seorang yang berjiwa JIWANG dan aku agak ALERGIK dengan AYAT AYAT CINTA. As uols know, lagu2 dalam dunia ni kebanyakkan lagu2 pasai cintaaa je. Tak terkecuali juga dengan lagu Melayu, Inggeris dan Hindi.

" Hei! Lagu hindustan lagi la ada banyak ayat2 jiwang ok..."
Oppp...sabor2...Walaupun ketiga2 lagu ni masing2 pun ada ayat2 cinta, tak terkecuali lagu2 Hindi, tapi yang membezakan depa2 ni adalah lagu Hindi aku tak paham maksud dia sangat, lagu Inggeris aku sederhana paham lagu dia, dan lagu Melayu aku paham sangat lagu dia. Bila aku tak suka ayat2 jiwang, maka aku tak suka dengar lagu2 Melayu yg aku paham maksud dia yang sekaligus boleh membuatkan aku berasa geli, nak muntah, rimas dan sebagainya. eeeewwww~~~....  Walaupun aku tak berapa faham sangat maksud dia, tapi aku tau dia punya lirik tu indah2. Kata2 yang disusun agak menarik dan indah serta mempunyai maksud yang baik (berbanding lagu inggeris asyik mencarut je). Contohnya lagu di atas yang membawa maksud seperti di bawah (kalu saper suka leh nyanyi sekali) :

Pee loon                                              I shall drink
Tere neele neele nainon se shabnam  the wetness of your blue eyes
Pee loon                                              I shall drink
Tere geele geele honthon ki sargam  
the Slofege of your wet lips
Pee loon                                              I shall drink
Hai peene ka mausam                        
Because it is the season of drinking

Tere sang ishq taari hai                      With you love remains successful
Tere sang ik khumari hai                    
With you there is an intoxication
Tere sang chain bhi mujhko               
With you there is rest as well
Tere sang bekaraari hai                    
With you there is restlessness
...........


Kalau ditranslatekan dalam bahasa melayu pastilah aku geli telinga nak dengar sbb dapat dengar ayat tu satu persatu. Lebih baik aku dengar dalam bahasa Hindi saja agar aku tak berapa menghayati sangat maksud dia yang indah tu walaupun aku tau (paham tak ni?)

Om Shanti Om

Sebab kedua aku suka lagu Hindi adalah kerana muzik dia yang indah dan menarik. Gabungan instrumen muzik lama dan baru. Lagu moden mcm mana pun tetap diaorang masukkan bunyi muzik tradisional diaorang. Susunan lagu pun best. No wonder la lagu2 A.R Rahman selalu digunakan dalam filem2 besar seperti Lord of The Ring, 127 Hours, Slumdog Millionaire dan banyak lagi. Sedap je dengar lagu diaorg. Ada yang rancak, lembut, funky, sedih..macam2 lagi lah.

Sebab ketiga pula adalah kerana depa ni pandai menghasilkan filem. Guna jutaan2 ringgit. Teliti dan bersungguh menghasilkan filem. Ada maksud dalam cerita diaorang. Jalan cerita pun memuaskan dan menarik. Very colorful (i like!!). Pandai bermain dengan warna2an. Pemandangan yang cantik. Buat orang ralik nak tengok. Walaupun ada yang wat dalam studio saja tapi depa pandai main kaler untuk nak bagi jalan cerita nampak lebih menarik. Diselit pula dengan tarian yang menceringkan bulu roma. Lagu2 yang sesuai. Rasa nak menari sekali tau! Kostume yang marbeles. Pelakon yang hensem dan cantik. Make up yang perfect. Jangan lupa, Bollywood adalah industri hiburan ke 2 terbesar selepas Hollywood. haaaa....

Devdas

Ai...takyah cakap banyak la. Tonton saja filem Devdas, Taare Zaamen Paar, 3 Idiots, Kabhie Kushi Kabhie Ghum, Hum Saath Saath Hain dan banyak lagi!

Lagu dari filem Mujhse Dosti Karoge lakonan Nadia Rani Rai (ehehee...), Hritrik Roshan dan Kareena Kapoor. 
Lagu feberet ramai mmber tidak mengira mereka minat hindustan atau tak.


Psstt... Header blog aku pun dalam bahasa Hindi. "Zindagi Ka Rangeela" yang membawa maksud "Warna Warni Kehidupan" ;)

Saturday, May 28, 2011

Tahan Bersin. Nak Control Ayu ke Nak Sakit? Pilih Antara 2

Tadi aku kuar beli barang rumah sket. Biasa la. Tiap2 bulan dapat gaji mesti la kena beli barang keperluan rumah cepat2. Kalau tak duit abih macam tu je. Tengah2 bulan tetiba dah tinggal seringgit dua. Heheheee...(kaki boros!).
Sedang aku duk tolak troli barang dengan mata meliar mencari barang, tetiba aku terdengar bunyi...
"Haiichzzzttt! Aih..." Amboi akak tu. Bersin tutup kapit idung. Bahaya la...Korang pun jangan buat macam tu tau. Selalunya orang yang bersin tutup kapit idung ni sebab sama ada dia :

  • Nak kontrol ayu/macho. Malu la orang nampak kalau bersih sambil air liur bersembur merata. Auuuw~~~
  • Malas la nak bersin. Sapu tangan atau tisu takde.Biar ah dia tersekat dalam idung. Bersih sket.(Wakakakaa!!)
  • Takde pengetahuan dalam fungsi dan bahaya menahan bersin.
  • Tabiat
  • Saje!
Jadinya kawan2, meh aku nak bagi tau kat hangpa pasai bersin ni supaya hangpa pasni takyah la duk tahan2 bersin. Kang lama2 meletup pula kepala kawan2 aku yang ada tabiat ni. Tak pasai aku kehilangan kawan kot.

SEBAB APA KITA BERSIN???
“Bersin merupakan KEGIATAN YANG POSITIF kerana memiliki fungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut dan tengkorak) dan ini adalah sesuatu yang baik, sedangkan menahan bersin adalah berbahaya kerana boleh menimbulkan beberapa risiko,” ujar Dr Michael Roizen, ketua Wellness Officer Clevelend Clinics.

APA BERLAKU KAT BADAN SEMASA KITA BERSIN??
Saraf2 yang terdapat di hidung dan mata itu sebenarnya saling bertautan, sehingga pada saat kita bersin, maka secara automatik mata kita akan terpejam. Hal ini untuk melindungi saluran air mata dan kapilari darah agar tidak terkontaminasi oleh bakteria yang keluar dari membran hidung. Pada saat kita bersin, secara refleks maka otot-otot yang ada di muka kita menegang dan jantung kita akan berhenti berdenyut untuk sementara. Setelah selesai bersin maka jantung akan berdenyut kembali. Sebab tu, dalam agama Islam kita disarankan untuk mengucapkan "Alhamdulillah" kerana jantung kita sudah berfungsi normal seperti biasa setelah istirahat sejenak disebabkan oleh bersin kita tadi. Betapa kuatnya tenaga bersin kita, sampai mata kita terpejam. Jikalau mata kita tidak terpejam saat bersin, nescaya mata akan "melompat" keluar.

KENAPA BAHAYA TAHAN BERSIN??
Kelajuan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam (wowww....). Sehingga jika seseorang menahan untuk bersin maka tubuh harus menahan kecepatan tersebut secara tiba-tiba. Hal ini akan mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman yang seharusnya dikeluarkan malah masuk kembali.Beberapa risiko yang bahaya jika seseorang menahan bersin iaitu:
  • Menyebabkan patah tulang di tulang rawan hidung.
  • Mimisan (keluar darah dari hidung)
  • Pecah gegendang telinga
  • Gangguan pendengaran
  • Vertigo (merasa sakit kepala)
  • Mengalami emfisema (keadaan pundi udara dalam paru-paru yang membesar sehingga menyebabkan pesakitnya kurang bernafas).Ini terjadi sebab tubuh kita berusaha menahan kelajuan bersin yang tinggi. Cedera yang timbul ini selalu akan mempengaruhi struktur bahagian dalam kepala kita.
Emfisema adalah keadaan yang boleh menyerang kanak-kanak ataupun orang dewasa. Keadaan ini sangat berbahaya dan berpotensi menyebabkan kematian kerana dapat menghalang pergerakan udara. Tanda-tanda yang timbul biasanya adalah wajah atau leher akan membengkak dan menimbulkan rasa tidak selesa.

(Sumber : Yang Boleh Di Percayai)

Haaa......lepas ni jangan la nak tahan2 bersin lagi. Maksu aku aku penah sakit lama tau sebab tabiat dia yang ini. Lepas je bersin tu..takyah nak kontrol2 ayu. Cara2 yang bagus untuk melepaskan bersin adalah menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan atau guna saja di bahagian lekukan lengan  (elakkan bersin di tapak tangan kerana dikhuatiri hangpa malas nak basuh tangan. Lepas tu lap kat orang meghata). Jangan bersin kat orang sudahhh...nanti kena penampor sulung.

***Selalu sangat bersin time drive nak selekoh atau nak memotong. Bahaya tol. Kalau bersin sambil buka mata kang terkeluaq pulak bijik mata. hish....)

Mak panda terkezut anak dia bersin. Hehehee....

Tuesday, May 3, 2011

Mama Yang Aku Sayang

Letih sungguh hari ni. Satu hari kursus pasal IT. Dah la cuaca panas. Balik ja aku terus mandi. Sedang aku mandi-mandi, tetiba aku teringat dan rindu pula aku kat mama. Terus mood aku bertukar jadi sedih. Beberapa minit kemudian aku menangis teresak-esak. Entah apa jadi kat aku. Rindu sangat kat mama aku kot. Dah lama tak balik kampung. Akhir aku balik bulan Februari aritu. Masa Raya Cina. Patut la hati aku sayu sangat. Aku pun menangis sepuas-puasnya di dalam bilik air sambil air pancuran menyirami tubuh aku.

Mama aku bernama Nozirah Binti Ramli. Dilahirkan pada 29 Februari 1956 di Kampung Anak Kurau, Taiping, Perak. Anak ke 4 dari 10 adik beradik. Mempunyai 4 orang anak yang bersilang bunga (laki pompuan, laki pompuan). Bekerja sebagai jururawat dan sekarang dah pencen dalam pangkat Ketua Jururawat atau lebih dikenali sebagai Sister. Sekarang masih bersemangat kerja kat Kolej Twin Tech sebagai Clinical Instructor dan gigih mengusahakan homestay nya.

Kalau orang tanya siapa orang terdekat aku yang aku kagumi, aku akan menyatakan bahawa orang itu adalah mama aku. Kenapa? Kerana, mama aku seorang ibu yang amat tabah dalam menempuh hidup dia yang penuh dengan dugaan. Aku kagum dengan semangat mama yang kuat tu. Aku harap aku dapat menjadi setabah mama dalam menempuh kehidupan mendatang.

Mama aku suka membebel. Hahahaaa...tetiba kann...Tapi biasalah. Membebel tu kan hobi wanita. Wanita melampiaskan rasa letih dan stressnya dengan bebelan. Mama aku akan membebel apabila anak2 dia malas dan nakal. Memang patut pun. Hahhahaaa....

Mama aku seorang yang rajin. Aku kagum dengan kerajinan mama sebab walaupun mama bekerja, rumah kami tetap kemas dan bersih. Makanan tetap sempat disediakan. Kain baju tetap berbasuh dan berlipat. Kiranya tempat tinggal kami ni terjaga dengan baiklah dari segi kebersihan dan keselamatan. Kenapa dari segi keselamatan pula? Sebab mama rajin berdoa untuk kesejahteraan kami sekeluarga. Alhamdulillah... Terima kasih mama. Masa aku duk di rumah dulu, dari kecik sampai besar, mama aku selalu jerit kat aku suh bangun awal kemas2 umah. Kalau tak makan jugak, mama amik vakum dan akan vakum abih satu rumah, pastu basuh pinggan dengan kuat, masak dengan kuat. Ini dipanggil serangan bunyi ye puan2. Supaya yang tidur akan berasa gerun lalu bangun dengan segera untuk tidak merasa lebih terancam lagi. Tetapi jika itu juga tidak berkesan, mama akan mengetuk pintu dengan kemarahan yang memuncak. DUMM!! DUMMM!!! DUUMM!! OI!! BANGUN!! HANG NAK TIDOQ SAMPAI PUKUI BRAPA? *^^#&#@&%#.....(ini citer waktu kecik da... :p) 

Mama memang takkan boleh duk diam. Setiap hari mama akan bangun awal pagi untuk membuat nasi lemak. Kemudian mama akan bersolat subuh. Habis solat subuh mama akan jual nasi lemak tu di depan rumah kami. Dulu aku yang wat keja ni. Tapi mama sambung bisnes tu terus, Selalunya yang akan beli jiran2 kamilah. Pukul 7.30 pagi mama terus bersiap untuk pergi kerja pula. Lunch hour pukul 1 ptg balik untuk masak buat keluarga. 1.30 petang siap. Mamam2, rehat, solat dan masuk kerja semula pukul 2. Petang balik jual aiskrim batang 20 sen (ni pun sambungan dari bisnes aku :)). Malam wat kek orang duk tempah. Ada masa orang duk tempah makanan kat mama. Mama suka masak bagi orang makanan atau ambil tempahan katering mesyuarat atau jamuan. Semua mama buat sorang. Super dooper mom kan mama aku tu? Mama buat kerja pantas. Sekejap ja dah siap. Mama tak suka orang buat kerja berlengah2. Sekarang pun duk sibuk buat homestay dan pada masa yang sama sambung kerja jadi CI. Tak berenti mama dari bekerja. Setiap hari masa mama takde pun yang lenggang. Hebat betul mama aku....

Rajin is ok. Tapi terlebih rajin tak best jugak. Mama aku ni kalau kenduri mama la paling rajin sekali. Jiran2 kot la nak tolong mama. Mama selalu wat banyak keja kalau time kenduri. Ada sekali mama angkat tong gas yang berat. Kaum lelaki duk lepak sembang tengok saja. Aku terus berlari, angkat tong tu dan marah mama duk wat rajin lebih. Aku bukan apa. Tangan mama dah tak kuat. Aku risau. Bila mama wat keja lebih sikit, tangan mama akan jadi bentan dan gatal serta merah2 kesan dari pembuangan breast cancer. Mama suka wat kerja sorang2 terutamanya mengemas rumah homestay dia. Tak ada pembantu pun. Semua mama wat sorang. Aku agak risau juga. Tapi mama memang macam tu. Lebih suka wat keja sorang.

Teringat aku ketika lepas SPM. Aku terkena twisted ovarian cycst (ovari aku tersimpul da…). Mama la yang bawa aku pi jumpa doktor. Temankan aku sepanjang aku menjalani pemeriksaan di hospital. Tanpa mama, aku takkan dapat menjalani pemeriksaan dengan cepat. Sebab mama aku nurse. Jadinya, tak yah susah2 nak kena tunggu lama. Sepanjang tempoh aku berada di wad, mama la yang menjaga aku siang dan malam. Walaupun sibuk dengan tugas, mama tetap datang menjenguk aku. Dialah yg lapkan badan aku dengan air. Dialah yang datang membawa keperluan aku semasa di dalam wad. Dialah yang menolong aku membuang air. Dialah yang berikan aku ubat dan menyuntik aku (walaupun mama agak kasar sedikit). Ada satu malam tu, aku tetiba menangis. Aku rasa sangat terharu. Sebab apabila aku sakit, dan dijaga baik oleh mama aku, barulah aku dapat rasakan kasih sayang mama. Betapa mulianya mama dan betapa aku merasa bertuah dilahirkan sebagai anak mama. Realitinya memang kita akan terlupa dengan kasih sayang yang ibu kita berikan. Tapi bila berada di situasi begini, telah memberi kesedaran kepada aku betapa aku perlu menghargai mama aku sebaiknya.

Apa yang membuatkan aku kesal dan menyesal sampai sekarang, ialah kebodohan aku terhadap diri mama. Semasa aku praktikal di LSG SkyChefs Penang, aku menerima panggilan dari mama. Mama bagitau aku dia disahkan menghidap kanser payudara. Aku anak yang tak ada perasaan cuma berasa sedikit bimbang kerana aku tau mama aku seorang ibu yang kuat. Beberapa hari kemudian mama beritahu aku mama akan dibedah keesokkan harinya. Aku hanya mendengar tanpa ada apa2 perasaan. Keesokkan hari tetiba aku berasa amat bimbang. Tapi aku tak bagitau staff kat tempat aku praktikal tu yang mama aku akan dibedah. Dan aku tak pula minta izin untuk balik sebab aku fikir Ikmal dan abah ada untuk menjaga mama. Kawan2 mama pula ramai yang boleh menjaga mama sebab nurse2 di situ semua kawan mama. Kawan2 suruh aku balik. Aku tak berani nak minta takut tak diberi cuti. Bila ada kawan aku bagitau staff kat situ yang mama aku akan dibedah hari ni, terus staff tu cakap aku anak derhaka. Dia tanpa berlengah taip surat pelepasan dan aku dibenarkan cuti 2 hari. Aku terus pulang ke Perlis. Masa aku sampai di hospital, mama telah pun dibedah. Aku lihat mama dalam keadaan tak sedarkan diri. Aku rasa sedih sangat. Sehingga hari ini aku berasa kesal sebab tak dapat menjaga mama ketika dia memerlukan aku di samping dia walaupun mama dah menjaga aku dengan baik ketika aku berada dalam wad dulu. Sungguh bodoh aku ni. Apabila difikirkan kembali, mungkin ada hikmahnya. Kerana ketika itulah abah aku akan menjaga mama aku dan kasih sayang mereka akan erat lagi. Namun aku berasa kesal dengan diri sendiri sehingga kini kerana kebongokkan aku ni.

 
Hati mama amat tabah. Walaupun menghidapi penyakit barah, walaupun terpaksa mengharungi rawatan kemoterapi mama tetap kuat dan bersemangat melawan penyakitnya. Sehingga kini mama masih lagi sihat Alhamdulillah. Banyak juga cabaran yang datang dalam hidup mama. Ibarat tsunami yang melanda. Hancur luluh hati mama hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.Tetapi mama tabah dan cekal harungi semua itu. Rahsianya adalah, sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan redha dengan ketentuan Ilahi. Aku percaya kalau semua ini terjadi kepada orang yg kurang dekatkan diri pada Allah, pasti mereka sudah lari atau sudah pasti mereka akan bunuh diri. Tetapi mama tidak begitu. Alhamdulillah..

Mama diberikan didikan agama yang cukup dari Tok Yam aku. Mama lah yang mengajar aku mengaji kecik2 dulu. Aku selalu menangis dan gerun time blajar mengaji dengan mama sebab mama aku ni suka sangat tengking aku. Yelah..aku kan bengap dan slow..sebab tulah selalu kena tengking. Mama juga la slalu duk kejan kami bangun solat, duk peringat kami setiap masa jangan duk tinggal solat. Alhamdulillah...Semoga Allah sentiasa limpahkan Rahmat ke atas mama.

Sebagai manusia biasa, aku juga telah banyak melakukan kesilapan yang besar sehingga membuatkan hati mama hancur berderai bagaikan kepingan kaca yang jatuh berkecai. Namun begitulah hati seorang ibu. Senakal mana, sejahat mana pun anaknya, mama masih menerima anaknya ini seadanya. Dikutip kaca hatinya yang jatuh berderai. Dicantumkannya semula dan dihias semula hatinya yg retak2 itu menjadi sebuah hati yang indah. Walaupun aku melakukan kesilapan yang besar, mama masih memberi nasihat dan membimbing aku ke jalan yang betul. Mama masih bergurau senda dengan aku. Mama masih mahu bercakap dengan aku. Mama masih sayangkan anaknya ini.....Terima kasih mama. Ampunkan dosa2 Nadia mama....Begitu juga dengan kejadian2 lain. Mama masih menerima dan memaafkan orang lain walaupun orang tu dah banyak menyiksa batin mama. Banyak membuatkan hatinya hancur luluh. Namun mama redha. Mama ingat Allah. Mama mempunyai hati yang sangat lembut walaupun mama garang..

Aku amat sayangkan mama aku. Dan aku sentiasa menjadi penyokong apa saja yang mama lakukan. Aku sentiasa memastikan mama tidak berputus asa dalam menhadapi masalah. Aku tidak akan menjadi batu api. Tetapi aku terus memastikan yang mama sentiasa bersemangat dan tidak lupa pada Allah ketika mama dalam kesusahan. Aku bersedia untuk bersusah payah demi mama dan sedia mendengar segala masalah mama. Sebab aku tahu susah payah hatinya. Pernah aku mengikut ke mana saja mama nak pergi semasa mama dilanda stress. Biarpun aku letih, namun aku gagahi jua demi mama. Semoga Allah memberikan mama tubuh badan yang sihat agar mama terus membimbing kami dalam kami menjalani kehidupan seharian. Dan semoga Allah merahmati mama di dunia dan akhirat. Tanpa mama, aku tak boleh hidup terurus seperti sekarang. Aku harap aku dapat menjadi seperti mama. 

Sememangnya aku tak pernah mengaku depan mata mama yang aku sayang mama. kerana keegoan aku. Tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa aku.. sayang mama...

Kalau dah habis baca, sila dengar dan HAYATI lagu di bawah. ditujukan khas buat mama..
 
 Lagu dari filem Taare Zameen Paar bertajuk Maa (Mother)

Dan juga lagu ini..

 
 Lagu Mama nyanyian kumpulan Spice Girls





Friday, April 29, 2011

Jangan Membazir....

Ahahaha... post kali ni mungkin akan mengembangkan tekak hangpa. Sebab aku nak citer mengenai jangan membazir makanan my style. Heheehe...

Seperti yang semua org tau, aku ni duk sorang. Jadinya turnover makanan kat dapur aku agak slowww walaupun aku cuba membeli sedikit. Dan aku tak berapa pegi dapur sangat bagi nak mengelakkan aku asyik nak makannnn je. Kalau tak beli makanan, nanti kalau aku terlapar, aku terpaksa pegi makan kat luar. So mau tak mau, aku kna gak bli makanan untuk standby.

Yang menjadi masalahnya, makanan aku asyik banyak yang rosak dan expired. Salah satu punca rosak adalah keadaan di sini yang agak lembap. Walaupun aku dah simpan elok. dalam bekas kedap udaree, still makanan menjadi lembap. Owhh...takkan aku nak sumbat semua makanan aku dalam peti ais? Even gula? Teh? (teh ni sampai pernah jadi mcm pokok kat dalam bekas). Jadinya dalam 3 bulan sekali aku terpaksa membuang makanan yang masih banyak, belum bersentuh, tapi dah berkulat dan lembap. herrrmm...sayang sekali. Ini memang aku tak dapat selamatkan.

Untuk makanan yang dah expired. Macam milo 3 in 1, Nescafe, biskut..dll..kalau dah sebulan dua terlebih tarikh luput, aku still makan lagi. Hahahaaa...jangan membazir..benda elok lagi. Tapi kalau dah terlebih 4-5 bulan aku buang le. Tapi tu pun ada yang aku termakan gak (sebab tak tengok tarikh  dulu.heheee). Roti pula kalau dah sampai hari expired, aku buh dalam peti. Bila nak makan, aku tengok2 dulu kot2 ada kulat kat tepi dia. Bau dulu kot ada bau kulat. Agak yakin yg roti tu elok, aku pun bakar lah. Tapi kalau ada kulat kat tepi dia, aku buang dulu kat bahagian tepi pastu aku bakar.

Baru tadi aku buang susu sekotak besar yang aku baru ja minum sekali minggu lepas. Aku nak brekpes ngan oat and cornflakes. Pastu aku macam was2 ngan susu tu. Nampak macam elok lagi. Tapi...Aku tak mau amik risiko, aku pun tuang dalam gelas dulu untuk rasa. Ala... Sayangnya! Itu tak dapat aku nak selamatkan sebab dah rasa masam. Tapi kalau aku tau macam mana nak wat cheese sahih aku peram susu tu. Hahahahaaa....

Kalau korang beli burgerr hari ni, tapi tak sempat nak makan sebab dah kenyang makanan lain, mesti korang dah buangburger tu keesokkan harinya kan? Tapi aku tak. Aku still makan burger tu. Masih elok lagi.. Jangan membazir...Dulu masa UiTM aku penah makan burger McD yang disimpan 2 hari pada suhu bilik. Tapi, still ok..(kebal betul perot aku)

Nasi pun kalau kita masak elok, kalau tak simpan dalam peti, pasti masih elok esokkan harinya. Jadi biasanya aku tak buang nasi yang disimpan di luar semalaman. Aku wat nasi goreng. Masih elok lagi.. Kadang aku terpikir. Agak kalau ada bencana alam la kan. Aku la org yg boleh survive kot sbb besa dah makan makanan mcm ni. Hahahaa...sengaja wat latihan untuk mengebalkan perut. Jangan membazir. Selagi makanan tu masih elok, makanlah makanan tu. Makanan masih elok tu means tak bau basi, takde kulat, takde binatang serangga duk dalam dia, tak berubah warna. Itu masih elok. Tapi kalau daging burger tu dah berbau dan membiru, jangan le korang makan plak. heheheee...
Jangan pula lepas korang baca post ni korang tak mau makan makanan kat umah aku. Hahahahaa...jangan risau...Semua kaedah ni adalah untuk aku sorang. Untuk kawan2 opkos aku akan beli barang fresh dan masik elok serta belum bertarikh luput. Takkan aku nak aniaya kawan pulak kan? Lagipun aku tak tau sama ada ketahanan perot korang tu sama level dengan ketahanan perot aku. Setakat ni aku Alhamdulillah. Tidak mengalami sebarang kecirit biritian atau kesakitan perot yang melampau.

Cuma baru2 ni ada peristiwa yang membuatkan aku kembang tekak jugak. Tapi aku terpaksa harunginya dengan hati yang tabah. Hari  tu aku ada beli Coco Crunch. Baru makan sekali. aku simpan seperti mana cadangan simpanan di kotak iaitu menggulung plastik dan letak dalam kotak. Esokkan harinya aku nak brekpes ngan Coco Crunch tu. Lepas masukkan oat dalam mangkuk, dan cornflakes, dan kemudian sampailah giliran Coco Crunch. Aku pun menuang dengan perasaan besa2 aje. Lalu.."Opocot mak kau!!"
Nak tau ape? Terkeluarlah sekor anak cicak dari dalam bungkusan ituh. Waaaaaa~~~(T_T) sob..sob..ishk..ishk... Sampai ati anak cicak yang halus tu masuk dalam Coco Crunch aku. Macam mana ni? Coco Crunch dah la mahal. Banyak lagi tu. baru makan sekali. Dah la yang peket besar. Jadinya aku mengambil keputusan........untuk terus makan Coco Crunch ituh. Ya...aku tau..agak jijik kan? Tapi aku teringat jijik lagi makanan orang yang susah dapat makan. Tapi depa makan selamba ja. huhuhuhuhuu...Aku pun tuang sket Coco Crunch di bahagian atas utk membuang bekas cicak tu ke dalam tong sampah. (walaupn aku tak tau terkena kat mana, tapi step ni utk penyedap ati aku ja). Lalu aku tuang yang terkemudiannya ke dalam mangkuk, sambil tengok2 kot2 la ada benda lain (taik cicak ke..). Pastu dengan perasaan yang agak geli...aku pun menyuapkan adunan itu ke dalam mulut aku sambil tekak aku kembang dan geli mengingatkan makanan aku tu terkena badan cicak tu.

Sambil makan...sambil berangan. Aku berangan aku tetiba bertukar jadi Cicakgirl yang seksi selepas abis makan Coco Crunch tu. dan sehingga hari ini, aku still makan Coco Crunch yang ada sejarah dengan cicak itu..........


Friday, April 15, 2011

Destinasi Impian

Korang ada tak tempat yang korang ingin sangat pergi? Tempat yang hangpa idam-idamkan selama ini untuk hangpa jejaki, terokai dan menikmati keadaan sekitarnya? Aku ada. Dulu aku nak sangat pi Paris. Sebab leh romatik2 dan menari di malam hari diiringi muzik romantik sambil menikmati pemandangan malam di Eiffel Tower. Tapi sejak aku suka akan gunung ganang dan pemandangan alam yang menghijau serta udara yang dingin, maka destinasi impian aku telah beralih arah. Dan tempat menarik itu adalah di sini!!! (sila lihat video)(^_^)
Behti Hawa Sa Tha Woh dari file 3 Idiots lakonan Aamir Khan

Cantikkan? Cantikkan? Cantik kannn??? Kat mana tu? Jeng3....Opkos la India.!!!

"(Cis minah hindustan nih!) Hah? India destinasi impian hang?? Destinasi impian aku adalah Mekah dan Madinah"...(sambil wat muka perli)

Lor....itu impian semua umat Islam dan kita sebagai umat Islam memang wajib pegi. Tapi ni impian yang sepesel yang lain sket. Yang selain dari itu. Kan..kan...kan...

Kenapa India? Sebabnya pemandangan gunung ganang dan banjaran dia indah sangat. Cuba perhatikan video kat atas. Sepanjang jalan yang depa lalui sangat indah. Sehingga berjaya membuatkan aku berangan melayang ke udara.

"India tu luas. Kat mana tempat hang nak pegi tu? Kat situ kan kotor. Air kotor dan karat. Orang berak kencing merata. Hish! Tak sanggup akuh! Tempat macam tu hang nak pi? Eeyeeek!"



 Boleh tengok banyak lagi gambar Shimla dalam carian Google

Weit a minit....weit a minit...Dalam video tu sebenarnya menunjukkan sepanjang perjalanan mereka ke Shimla. Dan tempat yang ada orang berak2 and kencing2 kat tepi2 jalan tu ada banyak kat bandaraya New Delhi. Tempat yang aku ingin pegi ni adalah Shimla, Ladakh dan Kashmir. Tempat tu bersih dan cantik sangat. Di Kasmir ada ramai orang Islam kat situ. So, makanan yang sedap2 mcm beriyani dan lain2 pun banyak (huk ala...ingat makan je~~~). Pemandangan pun cantik! Ada gunung ganang dan banjaran. Kebersihan pula terjaga. Aku tak bercadang pon nak pi New Delhi sebab mengikut kata orang yang penah pi, akan jumpa orang yg selamba berak kencing tepi2 jalan. Air pun kotoq. Herrm...kita kalau nak pi tengok tempat orang memang macam2 perkaralah yang kita akan lihat. Memang agak jijik. Tapi benda tu normal bagi aku. Maybe aku akan tengok Taj Mahal saja. Aku harus turun kat airport New Delhi dan terus amik train pegi ke Shimla dan seterusnya ke Srinagar Kashmir.



"Mana hang tau tempat tu bersih? Hang bukan pernah pegi pon."

Opkos kalu aku nak ke mana2 aku akan survey dulu tempat tu melalui tenet dari blog2 dan forum2 di mana depa2 ni penah pegi India dan menceritakan pengalaman depa kat sana. Antaranya blog LAGULAMAKU, forum di http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-306482-page-4.html, http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-196621.html dan banyak lagi. Membaca cerita depa membuatkan aku rasa bahagia dan seronok sangat. Andai kata aku dapat pegi dan sudah berada di situ, sahih aku menangis sebab rasa bahagia sangat.
 
Dari apa yang hangpa baca dari link tu, ada menceritakan kedinginan udara kat situ dan kenderaan pun takleh masuk situ sbb depa nak jaga udara kat situ. Kena jalan kaki jelah kat kawasan pekan tu nampaknya. Baguihnya depa jaga pekan tu. Cara nak pi situ adalah yang terbaik menaiki kereta api. Kereta api dia lalu kawasan banjaran yang cantik. Siap berhenti lagi untuk orang keluar rehat2 amik gambar dan masuk balik. Waahhh...kalu dapat pi aku nak duk atas bumbung gerabak tu dan wat mcm ni (lihat video)

Lagu Chaiyya Chaiyya dari filem Dil Se lakonan Shah Rukh Khan dan Manisha Koirala

Hahahaaa...kuat tol berangan! Kashmir pula diorang cakap ada banyak bunga bungaan dan makanan di situ pon shedap. Waahh..kalunak rasa beriyani yang sedap gaban jauh beza sedapnya ngan yang ada kat sini, haruslahpegi ke sana. Tandas kat sana pon bersih. Jadinya tak perlu risau.



Kashmir...

Aku berazam dan aku nekad! Pasti aku akan ke sana suatu hari nanti. Insyaallah...

Saturday, April 9, 2011

Persahabatan? Ahhh....

Salam. Pernahkah anda mempunyai kawan yang banyak bercakap mengenai persahabatan tapi apabila diajak bertemu dia seringkali memberi alasan? Atau kawan baik beliau kawin tetapi beliau tidak menghadirkan diri?  Atau dia malas nak layan korang bila korang ada masalah?Atau pernahkah korang mempunyai kawan yang korang jarang bercakap. korang boikot dulu, tapi sampai sekarang dia selalu kontek korang? Tau korang di mana? Sering berjumpa dengan kawan2 atau korang? Walau apa pun halangan? Dan sedia mendengar masalah korang? Dapatkah korang bezakan kedua insan ini? Renung2kan dan selamat beramal! (^_^)V

Dah 10 tahun??? Wooowww!!! (Repost)

Semenjak dua menjak ni aku dah bertemu kembai dengan ramai kawan sekolah aku dulu melalui Facebook (Dhane bhat (TQ) Facebook..) Aku lihat kembali gambar cikgu2 di sekolah aku tu. Hmm.. tak ramai dah cikgu yang lama2 tinggal kat situ. Tengok cikgu2 lama aku teringat budi diaorang pada aku...Terima kasih cikgu! Aku rasa terharu sangat. Sedar tak sedar rupanya dah 10 tahun aku meninggalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan semasa sekolah dulu. 10 tahun itu adalah masa yang amat lama. Tapi aku still macam dulu. Tak berubah. Because that's my style ok. Macam2 peristiwa berlaku pada aku dalam tempoh itu. Namun bila teringat kembali kenangan semasa sekolah, aku rasa macam baru 1 tahun ja aku meninggalkan sekolah tu.


Antara peristiwa yang aku ingat adalah aku masa tingkatan 3 bergaduh dengan Winda kawan Hasanah dulu. Abih satu blok saksikan kejadian tu. Yang best tu masa Winda nak kejar Hasanah, pastu aku pun tengking dia. Terkejut kawan tu.. Hehehee.... bukan apa. Aku suka mempertahankan member2 aku dan diri aku demi kebenaran. Kalu bukan aku yang nak menyelamatkan kawan2, sapa lagi? Kan?. Ksian member aku tu. Yang pasti aku ingat muka Yong and Baizura time tu pucat...hehehehehe...


Lagi yang aku teringat ialah aku kna tibai belakang dgn cikgu sains aku kat blakang. cikgu tu memang garang. huhuuhuuu....malu + sakit. itu yang aku dapat. Tapi alhamdulillah..dengan pukulan tu. Aku jadi minat dengan Sains.hehehehe....Jadinya semua result aku hampeh belaka. Melainkan Sains aku dapat A2. tu jelah markah yang dapat dibanggakan.


Kenangan2 dengan kawan2 aku, pe'el2 kawan2 aku... semua aku ingat. Bila cerita balik mesti tergelak guling2 punya.. antaranya hehehehe...surat letak bedak..kerenah Cikgu Rosnizam..geng Spice Girls...berebut minat KRU..Winda...mamat kentut dalam surau... makan cepat2 time rehat sampai nak tercekik...asal time jogathon mesti aku yang nombor last...admire senior nama Faizul..main mercun kembung dalam kelas...macam2 lagilah. Hahahahaha...memang melucukan la time tu. Dan muka masing2 pun dah berubah menjadi semakin cantik.hehehehehe......


P/S :Ini adalah catatan yang sedikit ringkas kerana penulisnya agak malas kali ni. :p
 
23/1/2010

Terima Kasih Abah.. Terima Kasih Mama...

Lenguh bahu wat keja key in data nih. Tapi mesti disiapkan. Aku tak mau dah tangguh2 keja. Aku tumpang wat keja kat unit fisio sbb cpu aku kna angkut pi baiki. Maka duk la aku sorang kat tmpt org tu wat keja sampai malam. Sedang wat keja tu aku on la tv. Tak mau bagi rasa sunyi. Biasa la... unit fisio tu duk kat hujung hospital ni. Aku plak duk sorg2...nak ilangkan rasa sunyi aku on je lah tv tu. Biar ar tak tgk atau nampak pun (sebab aku duk dalam bilik. Tv kat kaunter), asalkan ada dgr bunyi bising2 sket. Tiba aku dengar Buletin Utama tv3 duk siar crita pasai budak masuk sekolah..... Terus aku teringat masa aku kecik2 dulu. Waktu hari pertama aku nak masuk darjah 1 kat Sekolah Tengku Budriah Arau. Aku ingat masa tu aku kiut dan comey sangat ( betul la!). Pergi sekolah dengan pakaian sekolah jenis skirt berwarna biru paras lutut. Dengan rambut kerinting dan muka chubby2 gebu. Comel lah kan...



Masa tu yang hantar aku..abah aku. Dia cuti kot hari tu. sbb tu dia ada masa untuk aku. Aku pulak nervous nak masuk kelas. Tapi aku x la nangis walaupun aku anak yang manja (manja ke?). Abah temankan aku samapai ke kelas. Aku tgk ramai la budak dalam kelas tu. Sampai takdak ruang untuk aku duk kat dalam kelas tu. Abah aku bimbing tangan aku masuk kelas. Aku ikut ja. ( Isk...nak nangis plak aku taip citer nih. Tahan..tahan...Kang hilang ego aku. Isk..Iskk..HUH....! Lega...Sambung balik) Aku tengok abah aku daftarkan aku. Aku plak kena duk sebelah cikgu x pasal2 sbb ruang kat murid lain dah penuh.HUhuhuhuhu....nervous... Abah aku pun angkat le meja letak sebelah meja cikgu. Aku agak gementar le...and sedikit malu. Yelah. Mana taknya....Dah la duk sebelah cikgu. Budak kelas smua mngadap aku. Wowowowoooo.... Aku rasa macam aku pulak cikgu kelas tu. Hehehe... " Abah tunggu kat luar na", tu la ayat abah aku yg aku ingat. Aku pun iyakan jelah. Aku tengok abah aku duk tunggu kat luar sambil tengok aku duk dalam kelas tu wat menda ntah aku tak ingat. Setiap minit aku akan jeling kat luar pastikan abah aku ada kat situ. Kalau dia takdak aku mula le resah. Abah setia menanti. Aku pulak setia duk jeling kat luar. Begitu la seadanya. Terima kasih abah sebab temankan Nadia.. Pastu aku pun x ingat. Yang pasti, hari yang kedua atau yang ke berapa ntah aku tak ingat. Abah dah takleh nak temankan aku. Dia kata nak pi keja. Aku pun x kisah sangat dah kalau abah nak tinggalkan aku. Aku boleh ja bawak diri. So aku pun biarkan abah pegi. Tak nangis ponn.. Semenjak tu aku dapat raaamai kawan. Dan aku x perlu dah abah temankan aku lagi sbb aku tak nervous dah. Lagi pun aku tak duduk dah sebelah cikgu sebab aku dapat tempat aku sendiri. Tapi yang bestnya tu. Kalau aku gaduh dengan kawan. Aku ngadu kat abah aku. Abah aku pun datang sekolah. Kecut perut budak tu. Dia ingat dia boleh buli aku. Dia tak tau aku ada abah yang caring pasai aku tau. Terima kasih abah sebab amik berat kat Nadia. Pastu aku macam ingat time pertama aku exam abah aku ada tunggu kat luar bagi semangat. Terima kasih abah sebab bagi semangat kat Nadia masa exam (yang ni aku ingat2 lupa..tapi aku rasa ada la ).

Masa aku tadika pula, mama yang selalu hantar aku pi tadika. Time tu abah takdak sebab pi kursus kat Jepun. Jadi mama la yang jaga kami. Walaupun sibuk dengan kerja nurse dia tu, tapi dia tetap sempat sediakan kami bekal. Aku ingat aku selalu bawa bekal air milo yang dibuat mama. Tapi bila sampai ja masa rehat, milo tu dah nak basi... Jadi mama pun bekalkan kami (aku dan abang aku) air teh o. Air tu tahan la sampai masa balik. Terima kasih mama sebab sediakan bekal kat kami. 
Aku teringat juga semasa nak daftar aku kat tadika tu. Abah yang bawa aku. Aku takut nak masuk tadika. Sebelum ni aku tau main ja. Semasa aku dan abah duk berhampiran dengan tadika tu, aku pun meluahkan isi hati aku.
" Abah, Nadia tak mau pi tadika."
" Mana boleh tak pi tadika. Nadia kena pi sana belajaq.."
" Nak pi belajaq buat apa? "
" Besaq nanti Nadia nak jadi apa? "
" Em.. cikgu!!"
" Haa.. nak jadi cikgu kena pi sekolah. Belajaq. Baru boleh jadi cikgu"
" Haa...okelah" (Senang nguh nak jet budak ni)
Maka aku pun merelakan diri untuk didaftarin sebab nak jadi cikgu. Sekali dah besaq aku jadi lain la pulak... Tak apa lah...Asalkan aku dah jadi manusia yang berguna daripada jadi sampah masyarakat...

Aku teringat masa abah balik dari Jepun dia bawa balik mancis banyak le amat. Letak dalam bekas macam tupperware. Kat kotak mancis tu ada gambar2 menarik. Yang kelakar tu mak aku ingat mancis tu coklat sbb kotak dia yang cantik tu. So, dia pun simpan le dalam peti ais. Hahahahahahahaha!!! Nasib abah tanya balik mama letak mana mancis tu. Terus mama cepat2 bawa keluar dari peti ais.

Yang bestnya tu aku teringat abah aku yang kreatif la konon....Ada ke patut...mentang le rambut aku kerinting mcm Alleycat (masa kecik dulu la. Sekarang dah rebonding. heheee). Disikatnya rambut aku buat bentuk topi. Pastu bawak aku pi jalan2 kat zoo...Ada gak ar pakcik yang tegur. Aku time tu kecik tak tau apa. Bangga ar rambut aku leh wat bentu topi. Harharharhar... Tapi bila dah besar ni malu la pulak kat pakcik yg bertanya tu walaupn x knal.Hehehehe... nasib baik dia tak gunting rambut aku macam bentuk kura2 yang dia buat macam kat pokok teh kuning kat umah tu...kalu tak bangga pulak aku rambut aku leh wat bentuk kura2 siap ada ekor dan kepala. Abah aku suka sangat potong rambut aku. Tapi yang tak bestnya dia selalu potong rambut aku macam jantan. Sampai orang silap ingat aku lelaki. Mana taknya. Rupe aku dah macam giant dah. Haduiii la. Harharharharharu betui..Hehehehe...Heiii...ingat time kecik2..ingat time sekolah dulu.. macam2 karenah.

Apa2 pun.. terima kasih abah. Terima kasih mama. Untuk saat2 berharga dulu..Dan aku berasa syukur sebab punyai ibu dan bapa yang menjaga aku denganbaik dari kecil hingga dewasa. Walaupun aku nakal dan degil (penyakit keturunan jugak nih. dari ayah aku) tapi lembut hati (dari mak aku). Aku tak pernah lupa jasa mereka dan aku hargai pengorbanan mereka. (T_T)v piece....

Keberanian


"Nadia, ko balik kampung ikut mana ?"
"Ikut Jertih, Gerik."
"Ko balik ngan sape ? Sorang ker ?"
"Em. Yup"
"Ei..brani ko yek. Tak takut ke ?"
"( Macam mana nak jawab eh? ) Tak! Besa-besa je".....
Ini la dialog yang biasa aku dengar n kena jawab. Semasa nak menjawab pertanyaan seperti tu aku tau dah apa yang diaorg akan tanya seterusnya kerana soalan mereka smua sama saja. Macam yang kat atas nilah. Masa nak jawab soalan "Tak takut ke?", perasaan aku masa tu n fikiran aku adalah rasa heran kenapa perlu takut kalau Allah ada? Allah S.W.T lah yang jadi peneman aku ketika aku dalam perjalanan ke mana-mana. Selain tu aku x rasa takut pun. Kerana bagi aku perasaan takut sebegitu adalah sia-sia and buang karan ja. Sebabnya, walau macam mana pun aku akan TERPAKSA melaluinya juga sorg2. Sebab xkan ada org yang sanggup menemani aku balik kampung time raya atau bila2 saja yg aku nak balik atau pergi mana-mana. Jadi aku kena gagah juga menjalani kehidupan ni n melalui perjalanan2 ke mana2 destinasi seorang diri. Untuk menyakinkan diri bahawa aku x keseorangan. Aku yakin dan ingat dalam jiwa dan ingatan bahawa Allah melindungi aku. Kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sudah tentu Allah akan memelihara hambanya yang sedang bermusafir.

Mendaki Gunung Berembun, Cemerung (Repost)

Salam semuaaaaa!!! Kali ni aku nak cerita pengalaman aku yang baru iaitu pergi mendaki gunung berembun n gunung cemerung pada 7 hingga 10 hb Mei 2009. Aku pun tak sangka stamina aku kuat juga. Sebab selama ni orang selalu memperlekehkan aku kerana saiz badan aku yang besar nih. Aku tak pancit sangat sebab aku boleh mengawal pernafasan dan minda aku semasa perjalanan. Lagi pun aku tak melayan sangat waktu makan aku. Dalam perjalanan, kalau orang lain bersarapan nasi, aku makan sneakers. Kalau orang lain makan megi utk tengah hari,aku makan biskut 2 keping. Kalu makan nasi sekalipun aku makan 5 suap ja.
 
 
 
Alhamdulillah. Aku diberi peluang mendaki dalam keadaan sihat sambil melihat ciptaan Allah S.W.T yang Maha Kaya! Sepanjang pendakian aku selama 3 hari 2 malam tu banyak sungai yang diseberangi. Yang cetek, yang dalam. Banyak cerun dan landai aku lalui. Waktu panas, waktu hujan. Tidur dalam keadaan hujan ribut, khemah bocor, sejuk yang amat. Suasana berkabus, aman. Redah pokok berduri, merangkak di bawah batang pokok besar,pertama kali minum air sungai tanpa dimasak, berlari semasa menuruni jalan landai semasa balik, menjaga kawan yang sakit, banyak berpeluh, tangan dan kaki calar terkena duri, terjatuh, tergelincir, turun bukit mengunakan tali, lompat dan panjat atas kayu besar, mandi sungai, melihat keindahan dan kecantikan air terjun cemerung, air terjun lansir, melihat pemandangan gunung ganang dari atas puncak air terjun, melihat kecantikan taman orkid di tepi sungai, taman bonsai di puncak gunung, bergurau senda di bawah khemah beramai-ramai di waktu petang semasa hujan lebat, mendengar kawan2 bercerita, melihat pemandangan malam dari atas puncak air terjun, berehat seketika ketika tak larat nak panjat, menolong kawan menyeberangi sungai,...aku pun tak tau macam mana nak cerita. 
 
 
 
Apa2 pun semua tu adalah kenangan n pengalaman yang manis buat aku! Tambah pula ada satu waktu ketika aku terpaksa berjalan seorang diri kerana orang di belakang berjalan amat lambat dan orang di depan berjalan bagai nak berlumba jalan lasak. Aku terpaksa meneruskan perjalanan aku walaupun aku tau apa yang aku buat tu boleh membahayakan diri aku. Namun Alhamdulillah aku sampai dengan selamat ke tempat perkhemahan. Aku nak berterima kasih kepada kawan aku Najei dan CC Harun sebab mengajak aku melalui pengalaman yang indah ni. Walaupun pada akhir perjalanan aku mendapat sakit badan dari bahu ke betis sehingga aku rasa nak nangis je naik tangga umah aku ni dan terpaksa minta cuti keesokan harinya, namun perjalanan aku kali ni betul2 penuh bermakna. 
 
 
 
Terima kasih juga kepada Abang Zainal yang sanggup berjalan di belakang sekali menjaga kawan2 aku yang pancit dan sakit. Dia banyak berkongsi pengalaman dan ilmu dengan kami sepanjang perjalanan. Lagi pun tanpa dia kami tak dapat berjalan dengan rileks dan menikmati keindahan dan kecantikan alam. Terima kasih kepada Najei yang prihatin tentang keperluan kami sepanjang perkhemahan walaupun dia banyak membebel macam makcik yang banyak cucu. Terima kasih kepada staff2 HSNZ yang sudi ambil kami menumpang dalam kumpulan pendakian mereka. Dan terima kasih kepada kawan2 yang sudi berjalan sama2 dengan aku sepanjang perjalanan.Pengalaman kali ni memang best ah!! Agak2nya berapa la berat badan aku dan turun...? Korang boleh tengok gambar2 perjalanan kali ni di fb aku. Adios!
15/2/2009

Tak Nak Ngaku Wat SalahTuu....

Dalam kebanyakkan orang yang aku jumpa. Apabila menceritakan kesalahan yang diaorang sedang buat. Mesti diaorang banyak berdalih tak nak mengaku apa yang diaorang buat tu salah. Benda yang terang2 salah n berdosa pun diaorang boleh nak putar ia jadi tak berdosa. Konon benda tu diambil kira dari sudut lain.Well.. memang pun. Siapa yang nak ngaku kesalahan and dosa yang dia wat melainkan orang yang sedar apa yang dia lakukan itu salah. Tak salah kita mengaku kesalahan kita sendiri. Itu menunjukkan kita tau benda tu memang salah. Tak kisah lah kau nak wat atau tak itu ko punya hal la. Memang kelakar apabila berhadapan dengan orang yang macam ni. Selalunya aku hanya ketawa kecil di dalam hati.

Perasan Tak?

Perasan tak kekawan. Selalunya kita akan kisah apa yang orang akan kata kat kita. Tapi kita tak kisah apa yang akan Allah S.W.T akan kata kat kita.

Tuesday, April 5, 2011

HujAN Itu Rahmat!




Apabila hujan turun, sedar tak ada di antara kita yang mengeluh sambil berkata “cuaca buruk hari ni”. Tapi tidakkah kita teringat bahawa hujan itu adalah rahmat dari Allah S.W.T? Sepatutnya ayat itu diubah kepada “ em.. hujan ye arini” or something like that. Sebabnya tanpa hujan of course le kita manusia kurang bekalan air. Hujan itu rezeki. Hujan le yang menyirami pokok2 di bumi ini agar ianya terus hidup subur. Hujan jugak la yang membersihkan bumi ini dari kotoran2. Hujan jugak yang menyejuk udara bumi dan hujan mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan. So bayangkan kalu hujan tak turun, apa jadi pada bumi kita ni? Kotor, panas, kurang air, dan kalu nak harapkan kita yang pi siram pokok2 kat hutan and sebelah rumah nun..... em.... mati le pokok2 kat bumi ni....kering kontang le tanah...mati le bumi nih.. Jadi, moral of da story, hargailah cuaca hujan. Kalu kata hujan yang menyebabkan banjir, ekk.... salah. Sebenarnya manusiale menjadikan ia banjir kerana pembuangan sampah merata, penebangan pokok dan pelbagai kemusnahan. Pikir2kan lah....

Isteri Hari Ini



Kenapa ye.... sekarang ni, walaupun seseorang perempuan telah berkahwin, namun dia masih digilai oleh lelaki lain. Ini bermakna perkahwinan bukanlah safety zone untuk perempuan. Yang menambahkan masalah lagi, ada di antara isteri2 ini membalas usikan manja lelaki lain selain suaminya. Sudah lupakah mereka kepada amaran dari Allah S.W.T? Janganlah disamakan kita perempuan dengan lelaki yang boleh berkahwin 4. Itu adalah lumrah dunia yang telah dihalalkan oleh Allah S.W.T. Kalau si isteri mempunyai masalah dengan suaminya, dia boleh bawa berbincang atau memikirkan bersama suami bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu. Tetapi jika masalah itu tidak dapat diselesaikan, maka Allah telah membenarkan fasakh. After fasakh boleh le nak pasang lain pun. Bukannya disebabkan alasan suami bermasalah, so si isteri pergi pasang lain pula di belakang suami. Ini boleh mengheret si isteri ke keadaan yang lebih teruk seperti durhaka, nusyuz dan akhirnya....neraka Jahanam lah jawapnye.

Panduan Untuk Pengguna Tandas

Aku benci orang yang guna tandas tapi tak reti nak flush. Sastu sanggup je kasi orang tengok  najis dier. Eeeee....... pastu ada plak ibu yang very da caring pi tinggal pampers anak dalam tandas. Ada pula yang tinggalkan tisu yang basah dalam tandas. Itu semua adalah satu sifat yang keji yang boleh menyusahkan banyak pihak. Untuk berbakti kepada tandas dan orang yang menggunakannya... sebaik sahaja anda membuang, Pastikan anda telah menyiram sekeliling tandas itu betul2. Pastikan najis yang tersepah2 itu telah masuk ke dalam lubang jamban.basuh dulu "bekas" anda membuang itu sebelum anda keluar dari tandas. apabila yakin bersih.... barulah keluar dari tandas. etika ini bukan saja menyenangkan banyak pihak, malah ianya juga melambangkan keperibadian anda yang ternyata seorang pembersih. dan juga anda dapat memperoleh ganjaran pahala yang banyak kerana menjaga kebersihan tandas dan menjadi seorang pembersih. Terutamanya kepada Umat Islam. Tolonglah jaga keperibadian anda dengan menjaga kebersihan tandas. Jangan pula lepas membuang anda tinggal saja "bekas" anda itu bersepah. Malu le sikit.... kerana orang lain sedang melihat najis anda. K? Boleh kannn?? Senang jaaaaa.... Kepada ibu2 yang berhati mulia...silalah jadi contoh terbaik kepada anak2 anda yang sedang mau belajar. Tolong le buangkan pampers anak itu. Tak perlulah tinggalkan dalam tandas. Kerana orang lain tak mau pun meghidu bau najis anak anda itu. Jadilah ibu yang pembersih. Kalu tak mampu nak jaga benda remeh macam ni... tak payah lah beranak... senang... Betul tak??

Sunday, April 3, 2011

PaKaR Masak Or.. PaKaR PeMbUnUh?? (Repost)

Kebanyakkan pengiktirafan "pandai masak atau pakar masak" yg diberikan pada seseorg tu aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Yelah. Contoh yang banyak aku perhatikan ialah di kenduri2 dan premis2 makanan. hui.... aku bagi satu contoh. ada le kenduri ni. makcik tu cakap dia dah upah sorg pekerja dia (makcik ni buat katering) yang paaaandai masak. sungguh sedap sehingga menjilat jari gitu. hahahaha!! then bila aku perhatikan cara dia masak.. MasyaAllah... betapa byknya AJINAMOTO yang dia taburkan dalam makanan tu. hampir setengah kampit. mcm tu jugak di premis2 makanan yg dikatakan sedap makanannya padahal diaorg tak tau dah brapa gantang ajinamoto dlm makanan diaorg tu. bagi aku.. seseorg yang pandai masak atau pakar masak haruslah pandai menaikkan rasa semulajadi dalam sesuatu makanan tu menggunakan rempah ratus, ramuan serta bahan yg semula jadi. tak perlu lah menggunakan penambah perisa atau ajinamoto kerana bagi aku pakar masak yg menggunakan ajinamoto tu bukanlah pakar memasak sebenarnya tetapi dia org tu PAKAR MEMBUNUH! atau PANDAI MEMBUNUH! hahahahahaha! sbbnye dia org dapat menggunakan skill hebat diaorg tu (using ajinamoto) dgn membunuh org secara chori chori chupke chupke (senyap senyap curi curi gitu) ala2 teknik pembunuhan ninja peringkat ke sembilan! Sekian. Apa pendapat anda pula? setuju tak?

(20/4/2005)

Friday, April 1, 2011

Rumah Baru

Yahoo..!! Yahoo..!! Setelah sekian lama... Akhirnya siap juga blog aku yang baru ni (simple aje..tak pandai pun). Nanti aku akan pindahkan segala penulisan aku yang lama di blog friendster ke sini. Jadinya kepada sesiapa yang belum membaca hasil penulisan aku yang sebelum ni, anda diminta bersabar dulu ye. Sementara tu leh la bagi komen pasal blog baru aku nih (tak spesel sgt walaupon cute :p )